Kertas siasatan pengamal media ceroboh kediaman MB Selangor dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya

Suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki kediaman berkenaan melalui pondok pos pengawal utama, tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaaan negeri

10:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes tiga pengamal media sebuah syarikat tempatan yang menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya, esok.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim selepas siasatan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu diselesaikan dalam tempoh dua hari reman yang dikenakan sebelum ini.

Menurut beliau, mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman.

“Esok, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Scoop sebelum ini melaporkan tiga individu ditahan selepas didakwa menceroboh masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Seksyen 7, Shah Alam.

Ketiga-tiga mereka direman dua hari hingga hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd. Iqbal berkata, polis menerima laporan pada jam 6.10 petang kelmarin yang dibuat pembantu operasi di kediaman Menteri Besar Selangor.

Siasatan katanya, mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Waja untuk memasuki kediaman berkenaan melalui pondok pos pengawal utama, tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaaan negeri.

Bertindak atas maklumat, pada jam 7.30 petang hari sama, tangkapan terhadap kesemua suspek, dibuat bersama rampasan sebuah kenderaan jenis Proton Waja yang digunakan suspek.

“Suspek dalam kes adalah tiga lelaki berumur lingkungan 31 tahun hingga 35 tahun bekerja sebagai pegamal media di sebuah media tempatan, dengan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Semua suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak Menteri Besar Selangor,” katanya.

Terdahulu, tular laporan polis dibuat seorang kakitangan di kediaman berkenaan mengenai tindakan wartawan lelaki itu ingin memasuki kediaman berkenaan tanpa jemputan dan tiada kebenaran, sebelum ditahan pihak polis. – 7 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related