Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik, Pontian daerah terbaharu terjejas 

Selain Pontian, daerah yang turut terjejas banjir ialah Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Johor Bahru dan Kulai

10:19 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Pontian menjadi daerah terbaharu dan yang keenam terjejas bencana tersebut setakat 8 malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata ini berbanding 1,805 orang di 41 PPS yang direkodkan di lima daerah, sejam lepas. 

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, berkata selain Pontian, daerah yang turut terjejas banjir ialah Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Johor Bahru dan Kulai. 

“Daerah Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,638 orang di 19 PPS, diikuti Kluang dengan 863 orang di 13 PPS  dan Johor Bahru dengan 733 mangsa di 10 PPS.

“Sementara itu, terdapat 20 mangsa di sebuah PPS di Segamat, 62 orang di sebuah PPS di Kulai dan enam orang di sebuah PPS di Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pekan Nanas yang baharu dibuka pada 7.45 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, menurutnya terdapat beberapa PPS di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kluang yang angka mangsa banjir masih dikemas kini . 

Sementara itu, Pengarah JBPM Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Siti Rohani Nadir berkata hujan berterusan dari malam tadi menyebabkan paras air sungai meningkat dan kawasan rendah dinaiki air.

“Hingga kini, kerja-kerja pemindahan mangsa sedang giat dijalankan di Kota Tinggi dan beberapa tempat di Johor Bahru dan Machap.

“Situasi terkini adalah terkawal dengan kerjasama dan koordinasi agensi lain di peringkat JPBN,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Bagaimanapun, katanya jumlah mangsa dijangka terus meningkat berikutan hujan masih berlaku menyebabkan peningkatan paras air sungai utama di Johor seperti Sungai Kahang dan Sungai Johor. – 7 Januari, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related