CEO Persatuan Bola Sepak Kedah dibebaskan dengan jaminan SPRM

SPRM sebelum ini menahan reman empat individu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah lebih RM6 juta

8:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Ismail menerusi kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Zulkifli dibebaskan bersama tiga individu yang lain setelah selesai memberi keterangan pada jam 10 pagi

Menurutnya, pada 4 Januari lalu, Zulkifli telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM.

“Pada jam 9.25 malam, pihak SPRM telah memaklumkan kepada peguam mengenai tangkapan dan proses reman yang akan dibuat pada pagi keesokan hari (5 Januari).

“Dan beliau telah dilepaskan dengan jaminan SPRM pada pagi ini setelah selesai memberi keterangan, bersama-sama 3 individu yang lain,” katanya.

Jumaat lalu, SPRM memaklumkan mengenai penahanan reman empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

Malah wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri.

Ibrahim berkata, pelantikan CEO adalah bagi melancarkan pentadbiran dan fungsi sekretariat di bawah Setiausaha Kehormat menurut Statut Persatuan dan pihak persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek Kerajaan Negeri.

Menurut Statut Persatuan, kesemua keputusan Persatuan perlu diputuskan di bawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA) dan CEO hanya
menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran persatuan.

“Sepanjang penubuhan persatuan, pendapatan utama adalah dari sumbangan syarikat dan badan-badan korporat. Segala penerimaan wang telah direkodkan dalam Laporan Kewangan Persatuan dan dibentangkan. Sumbangan diterima adalah tanpa imbalan dan tanpa prasangka.

“CEO KFA yang dilantik pada Ogos 2020 telah bersusah payah dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji dan tuntutan hutang daripada badan berkanun semenjak pentadbiran persatuan bertukar kepimpinan,” katanya.

Tambahnya, hasil perlantikan tersebut juga telah berjaya merekodkan kejayaan proses pemisahan pasukan bola sepak FA kepada FC selain kejayaan memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada 2023.

“KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan tuduhan yang tidak berasas. Kes ini masih di peringkat awal siasatan. Persatuan menafikan semua bentuk keterlibatan rasuah. Seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Sarawak gas feud in the works? Petros takes Petronas to court over licence dispute

RM7.95 mil clash puts both companies at legal odds over gas supply contract 

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related