Banjir paling buruk, air naik terlalu cepat: Mangsa

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan air mula masuk ke bahagian dapur kira-kira 5 petang dan tidak sampai setengah jam kemudian, sudah mula memasuki rumah atas

4:54 PM MYT

 

PEKAN – Banjir di Felda Chini Timur 3 di sini yang berlaku semalam, disifatkan mangsa sebagai paling buruk pernah berlaku di kawasan berkenaan.

Anak jati tanah rancangan itu, Muhammad Syazwan Mat Suhaimi, 29, berkata walaupun rumahnya pernah dilanda banjir sebelum ini, air hanya memasuki rumah di bahagian bawah (dapur) dengan ketinggian separas betis.

“Kali ini rumah atas juga habis dinaiki air. Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan air mula masuk ke bahagian dapur kira-kira 5 petang dan tidak sampai setengah jam kemudian, sudah mula memasuki ke rumah atas. 

“Saya dan keluarga hanya dapat mengambil barangan penting dan pakaian untuk semalaman kerana bimbang untuk berlama-lama di dalam rumah. Keadaan sekeliling juga semakin kelam-kabut kerana semua sibuk menyelamatkan diri,” katanya. 

Muhammad Syazwan berkata dia dan empat ahli keluarganya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 di sini, yang dibuka bagi menempatkan 61 mangsa banjir daripada 14 keluarga. 

Sementara itu, Zulfikar Zahari, 32, berkata walaupun beberapa kali menyaksikan rumah jiran yang terletak di kawasan rendah dilanda banjir, kali ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan banjir sejak menetap di situ 30 tahun lepas. 

Pekerja kilang di Gebeng, Kuantan itu berkata dia bergegas pulang ke rumah pusaka orang tuanya malam tadi, selepas dihubungi adik perempuan yang menetap di situ yang bimbang selepas melihat air di belakang rumah semakin tinggi dan hujan masih lebat. 

“Saya pesan jangan terlalu risau kerana selalunya rumah kami selamat. Tapi tak lama kemudian, dia telefon sekali lagi beritahu air di dalam rumah sudah paras lutut dan dia bersama abang (yang turut mendiami rumah itu) sedang bersiap-siap untuk berpindah,” katanya. 

Bagaimanapun, air mulai surut tengah hari tadi, dan Zulfikar berkata banyak barangan rumah rosak kerana abang dan adiknya hanya dapat memindahkan peti sejuk dan mesin basuh ke tempat tinggi dengan bantuan jiran. 

“Kami agak terkesan juga kerana ini pengalaman pertama … jadi agak buntu apa yang perlu dilakukan semasa kejadian. Kami sudah mula membersihkan rumah, namun dalam masa sama tetap risau kerana cuaca masih gelap walaupun hujan sudah berhenti,” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related