Setiap kali cuti, ramai suka melancong ke Hatyai, apa sudah jadi Tourism Malaysia?

Tak boleh salahkan 100 peratus kepada rakyat memilih melancong ke Thailand, semuanya murah di negara itu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiap kali musim cuti, tak kira cuti sekolah mahupun perayaan, pintu sempadan negara khususnya di utara diserbu rakyat Malaysia yang mahu melancong ke Thailand, khususnya di Hatyai.

Ada yang menaiki bas ekspres atau bas pelancongan malah ada yang datang dari ibu kota memandu berjam-jam untuk melintasi sempadan ke negara jiran itu.

Media melaporkan, pelancong dari Malaysia ke Hatyai meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun.

Ia menyumbang lebih 2 bilion baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun lalu berakhir.

Perkara itu menimbulkan persoalan terhadap agensi atau pihak yang bertanggungjawab memajukan sektor pelancongan negara, apa yang mereka lakukan selama ini?

Pemilik agensi pelancongan ADC Travel & Tours Sdn. Bhd., Sura Mohd Sani, 52, berkata, untuk itu Tourism Malaysia disaran lebih agresif memainkan peranan mempromosikan lokasi pelancongan menarik dalam negara agar dapat menarik minat pelancong domestik sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

Memiliki pengalaman selama 32 tahun dalam industri itu, Sura menegaskan kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada rakyat tempatan yang suka melancong ke Thailand sehingga menyumbang sebanyak 2 bilion baht kepada negara berkenaan.

Sebaliknya, agensi kerajaan itu perlu lebih giat mempelbagaikan kaedah promosi serta memberi pakej harga yang lebih ‘rahmah’ bagi menarik minat ramai untuk menghabiskan masa bercuti dalam negara.

 “Sebenarnya kita tidak boleh nak salahkan 100 peratus kepada orang kita yang gemar melancong ke Thailand sebab semuanya murah di situ.

“Tourism Malaysia perlu bergerak lebih agresif dalam mempromosikan lagi destinasi percutian menarik dalam negara selain menawarkan pakej yang berpatutan kepada orang ramai.

“Kalau kita tengok pakej percutian di pulau-pulau peranginan tempatan pun sekarang sudah mencecah harga yang mahal. Contoh seperti di Langkawi, di sana sekarang semua serba-serbi dah mahal.

“Faktor ini yang menyebabkan orang kita lebih gemar melancong ke Thailand yang mana bayar RM200 semalam pun boleh dapat menginap di bilik lima bintang,” katanya kepada Scoop hari ini.

Sura berkata, Tourism Malaysia juga mungkin boleh meneroka pelbagai lagi destinasi baru menarik yang boleh dilawati pengunjung domestik bagi menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara.

“Pihak Tourism perlu terokai destinasi baru bagi menarik pengunjung tempatan termasuk dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh diluangkan bersama seisi keluarga.

“Harga pakej di pulau peranginan tempatan juga boleh dikaji semula, sebagai contoh terbaru yang saya periksa harga pakej di Pulau Redang misalnya, sudah mencecah RM700 bagi seorang untuk tempoh tiga hari dua malam. Ia boleh dikira agak mahal berbanding pakej terdahulu.

“Mungkin agensi berkaitan boleh tengok kawalan harga pakej yang ditawarkan agen-agen di pulau peranginan yang terdapat di seluruh negara,” katanya.

Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla Hatyai, Sitthipong Sitthiprapha baru-baru ini berkata, hotel di Hatyai menyaksikan lonjakan permintaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan penginapan di pusat bandar ditempah sepenuhnya ketika kemuncak minggu percutian.

Beliau berkata, antara daya tarikan Hatyai ialah pilihan makanan yang enak dan beraneka, akses mudah dan mesra bajet.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, negara itu menerima 27.25 juta pelancong dengan didahului pelawat dari Malaysia seramai 4.43 juta orang, diikuti China (3.41 juta), Korea Selatan (1.6 juta), India (1.58 juta) dan Russia (1.42 juta), setakat 24 Disember lalu. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related