JIPS Bukit Aman tahan anggota polis disyaki miliki air ketum

Kes itu telah diserahkan kepada JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut

7:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat anggota polis ditahan kerana disyaki memiliki air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Yew Lai di sini, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata kes itu telah diserahkan kepada JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, empat anggota terbabit yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira kira-kira 2.15 pagi di rumah berkenaan.

Mereka yang merupakan staf pentadbiran di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di ibu negara disiasat  mengikut  Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related