Isu eksploitasi pekerja asing: ‘Jaga imej negara, elak jadi syurga pemerdagangan manusia, buruh paksa’ – Johari

Penting bagi kerajaan tangani isu pekerja asing yang berlarutan ditipu datang ke Malaysia untuk bekerja

6:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menangani isu eksploitasi pekerja asing bagi menjaga imej negara daripada dianggap sebagai syurga pemerdagangan manusia dan buruh paksa.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sekali lagi menekankan keperluan kerajaan untuk bersikap tegas terhadap mana-mana syarikat yang menipu pekerja asing dan membiarkan mereka dalam keadaan susah sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Sebelum ini, beliau mencadangkan mana-mana syarikat didapati membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan, perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap perkara.

Katanya, penting bagi kerajaan menangani isu pekerja asing yang berlarutan ditipu datang ke Malaysia untuk bekerja.

“Jika ia berterusan, imej negara kita akan tercalar dan kita berisiko dilihat sebagai negara yang membenarkan pemerdagangan manusia atau buruh paksa serta berlaku tanpa sebarang kesan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sebelum ini mencadangkan mana-mana syarikat didapati membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan mereka di sektor pekerjaan, perlu dikenakan kompaun tinggi sehingga RM30,000 bagi setiap perkara.

Selain itu Johari berkata, adalah penting proses pengambilan pekerja asing diperketat termasuk hanya membenarkan syarikat mendapatkan kuota pekerja asing apabila syarikat itu sendiri memohon untuk mengambil tenaga kerja asing.

“Isunya di sini ada kemungkinan beberapa syarikat meminta kuota pekerja asing tanpa benar-benar mempunyai sebarang peluang pekerjaan. Mereka hanya cuba mencari wang dengan menjual kuota kepada syarikat lain dan perkara itu dilihat sebagai pemerdagangan manusia atau buruh paksa.

“Walau bagaimanapun agensi atau majikan yang tidak terbabit dalam amalan sedemikian tidak perlu bimbang untuk didenda oleh pihak berkuasa,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan II itu berkata, syarikat yang memohon kuota pekerja asing perlu memastikan pihak mereka mempunyai pekerjaan yang sedia untuk diisi, sebaik sahaja pekerja asing berkenaan sampai ke dalam negara.

“Pekerja asing yang akhirnya kehilangan pekerjaan sebaik sahaja tiba di Malaysia akan menjadi beban utama kepada sumber negara. Lazimnya, pekerja asing berkenaan tidak mampu untuk pulang ke negara mereka dan akhirnya memberi beban kepada sumber negara membabitkan subsidi, penjagaan kesihatan dan juga akan menimbulkan masalah sosial yang lain,” katanya.

Tambah Johari, cadangan beliau supaya syarikat dan agensi yang tidak bertanggungjawab dikenakan denda juga bertujuan menghalang pihak berkenaan daripada mengeksploitasi sistem itu.

Mengulas bantahan Presiden Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai terhadap cadangan itu, beliau mengulangi bahawa mereka yang tidak mengeksploitasi pekerja asing tidak perlu takut dan bimbang untuk dikenakan denda.

“FMM tidak boleh menuding jari kerana agensi tidak boleh memohon kuota tanpa terlebih dahulu mendapat tuntutan daripada syarikat. Sekiranya ada bukti bahawa agensi menggunakan dokumen palsu untuk menambah kuota yang diminta secara palsu, maka agensi berkenaan yang akan dikenakan denda yang tinggi,” katanya. 

Semalam, Thian Lai berkata, cadangan denda sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja adalah tidak adil buat syarikat. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related