Baik pulih kawasan tanah runtuh Taman Wawasan masuk fasa kedua

Proses tambakan dilakukan bagi perkukuh struktur tanah dimulakan dua hari lalu

11:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerja membaik pulih kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong memasuki fasa kedua dengan proses tambakan dilakukan bagi memperkukuh struktur tanah yang dimulakan sejak dua hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, selain proses tambakan, kerja-kerja penanaman cerucuk besi fasa kedua di kawasan parit besar berhampiran lokasi tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 itu juga telah siap 50 peratus.

“Pemasangan 375 cerucuk besi fasa satu sudah selesai dan sekarang kerja-kerja tambakan di kawasan terjejas dilakukan bagi menghentikan sebarang pergerakan tanah.

“Malah kesemua sembilan kereta yang terperangkap dalam laman rumah (car porch) sudah berjaya dikeluarkan sepenuhnya.

“Ini adalah permintaan penduduk yang mahukan kereta mereka segera dikeluarkan bagi kegunaan harian,” katanya kepada Scoop hari ini.

Ng Sze Han ketika melawat kawasan tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong bulan lalu. – Gambar Facebook, Ng Sze Han, 6 Januari, 2024

Beliau yang juga Exco Perdagangan, Pelaburan dan Mobiliti ketika ditanya jangkaan bila kawasan rumah terjejas boleh kembali diduduki berkata, perkara itu memerlukan pengesahan keselamatan menduduki daripada pakar berkaitan.

“Kita tidak akan membenarkan penduduk kembali ke rumah selagi pakar-pakar belum mengesahkan rumah itu selamat untuk didiami semula.

“Saya tidak boleh bagi jangkaan masa berapa lama lagi diperlukan (untuk penduduk terjejas berpindah balik ke kediaman masing-masing).

“Kita masih menunggu pakar untuk membuat penilaian dan pengesahan berhubung perkara tersebut,” katanya.

Pemasangan 375 cerucuk besi fasa satu sudah selesai dan sekarang kerja-kerja tambakan di kawasan terjejas dilakukan bagi menghentikan sebarang pergerakan tanah. – Azim Rahman/Scoop, 2024

Sementara itu, tiada sebarang pergerakan tanah dilaporkan berlaku di kawasan itu walaupun kerap hujan kebelakangan ini.

Pada 16 Disember lalu, 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka yang turut mengakibatkan empat kenderaan tertimbus. – 6 Januari,2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related