Mimbar: Tekankan pendidikan agama, akhlak mulia elak terjebak ajaran sesat

Menurut teks khutbah itu, ketua keluarga juga dituntut kewajipannya untuk memelihara isteri dan anak-anak

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua keluarga perlu menekankan soal pendidikan agama dan akhlak mulia kepada ahli keluarga bagi mengelak mereka terlibat ajaran sesat yang merugikan kehidupan.

Teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini memberi ingatan, individu yang berakhlak mulia dapat membentuk ahli keluarganya hidup berkasih-sayang, tolong-menolong, hormat-menghormati dan mengutamakan sikap toleransi.

“Sebagai ketua keluarga, pastikan setiap ahli keluarga kita diberikan perhatian sepenuhnya dalam perkara berikut, iaitu mengutamakan pendidikan agama dan akhlak mulia.

“Penekanan dalam soal pendidikan agama, terutamanya beriktikad dengan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah, mempelajari dan mengamalkan syariat Islam serta berakhlak mulia seperti akhlak baginda Nabi Muhamad SAW.

“Ia adalah sangat penting agar tidak ada ahli keluarga yang terlibat dengan sebarang ajaran sesat yang merugikan kehidupan di dunia dan akhirat,” kata mimbar menerusi khutbah bertajuk ‘Kewajipan Memelihara Keluarga’.

Menurut teks khutbah itu, ketua keluarga juga dituntut kewajipannya untuk memelihara isteri dan anak-anak.

“Andai sesebuah keluarga itu benar-benar menurut acuan dan kehendak Islam tulen, maka ia akan menghasilkan generasi baru Muslim yang unggul.

“Namun jika sebaliknya, keadaan keluarga yang porak-peranda, haru-biru, kacau-bilau dan tiada hala tuju,” katanya.

Tambah mimbar, perkara seterusnya ialah menghidupkan suasana agama Islam dalam rumah tangga.

“Sebagai ketua keluarga, kita sewajarnya menyedari bahawa keindahan, ketenangan, kebahagiaan dalam keluarga sudah pasti dapat dirasai apabila seorang suami, bapa, isteri, ibu dan anak-anak hidup dalam suasana kehidupan beragama.

“Yang dapat diterjemahkan bersama seperti solat berjemaah, membaca Al-Quran, zikir, mengadakan majlis ilmu, menghidupkan solat malam, berdoa bersama dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, teks khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertajuk ‘menjadi mukmin berjaya’, mengingatkan beberapa ciri menunjukkan seorang mukmin beroleh kejayaan, iaitu melaksanakan solat dengan sebaiknya.

“Seterusnya menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri serta menunaikan amanah dan janji.

“Dalam merancang kehidupan dan masa depan yang lebih baik, kita hendaklah menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan serta rujukan utama

“Lebih-lebih lagi kita sebagai mukmin beriman bahawa kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara dan jambatan menuju akhirat yang abadi,” katanya. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related