Elaun petugas masjid dikaji semula, penambahbaikan akan dilaksana tahun depan: Exco

Buat masa ini jumlah elaun yang diberikan adalah sebanyak RM850 kepada imam, RM100 kepada bilal serta RM80 kepada noja

6:41 PM MYT

 

BATU PAHAT – Elaun petugas masjid di negeri ini yang kini dalam proses kajian penambahbaikan dan dijangka akan dilaksanakan bermula tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata di Johor terdapat 1,463 orang imam yang elaunnya dibayar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) manakala 3,113 imam dibayar kerajaan negeri.

Beliau berkata buat masa ini jumlah elaun yang diberikan adalah sebanyak RM850 kepada imam, RM100 kepada bilal serta RM80 kepada noja.

“Bagaimanapun, pihak kerajaan negeri juga ada memberikan bantuan sekali bayar sebanyak RM500 kepada petugas masjid berkenaan pada 2023 dan 2024 bagi menghargai mereka.

“Pada masa ini, kerajaan negeri masih belum dapat menetapkan kadar baharu pembayaran elaun khususnya kepada bilal dan noja yang masih dalam kajian,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini. 

Jelas Mohd Fared, selain itu semua petugas masjid dalam Negeri Johor juga dicarum insurans Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula tahun lepas. 

Tambahnya, kerajaan negeri juga membenarkan jawatankuasa masjid memberikan elaun tambahan kepada petugas masjid mengikut kemampuan tabung semasa setiap masjid. 

“Sama-sama kita berdoa agar hasrat kerajaan untuk menambah baik elaun petugas masjid ini dapat direalisasikan pada tahun hadapan,” katanya. 

Pada 1 Januari lepas, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Nooh Gadut menyarankan jawatan imam secara tetap (tidak berpencen) atau kontrak diwujudkan bagi masjid kariah berkapasiti besar.

Melalui saranan itu, selain dapat menyanjungi kedudukan golongan berkenaan dalam kalangan umat Islam, ia juga ia akan menyelesaikan isu gaji minimum RM1,500 yang berlaku dalam kalangan imam. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related