KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang, di sini hari ini.
Anwar yang segak berbaju Melayu biru muda tiba di masjid itu pada jam 1.15 tengah hari dan menyertai solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah.
Usai solat Perdana Menteri memaklumkan kepada media yang menunggunya, beliau mahu bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN).
“Saya nak ke IJN sekejap,” katanya.
Difahamkan beliau akan melawat sahabat dan kenamaan penting di pusat rawatan itu, hari ini.
Sebelum menunaikan solat Jumaat, beliau turut bersama masyarakat setempat menjamu selera di Medan Selera Bandar Baru Selayang.
Beliau bersama beberapa pemimpin setempat dilihat dihidangkan masakan Melayu kampung termasuklah juadah ikan patin. – 5 Januari, 2024