Jaga kesihatan, kata Anwar kepada Tun M

Pesanan itu dititipkan sebagai mengulas sindiran dilemparkan Dr Mahathir terhadapnya hari ini

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas sindiran dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya hari ini.

Sebaliknya, beliau menitipkan pesanan kepada bekas Perdana Menteri itu agar menjaga kesihatannya.

“Saya minta Tun (Dr Mahathir) jaga kesihatan,” katanya ringkas selepas merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang di negara ini adalah kepakaran Anwar.

Awal hari ini, Dr Mahathir menafikan terlibat dalam Langkah Dubai, komplot yang didakwa didalangi pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Malah, Dr Mahathir dalam nada sinis berkata, beliau sudah lama tidak ke ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan terlibat dalam Langkah Dubai, komplot yang didakwa didalangi pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. – Gambar Bernama, 5 Januari, 2024

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh kerajaan pintu belakang.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai. Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sabtu lalu, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, mendakwa, ‘Langkah Dubai’ didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dirancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ismail mendakwa, Langkah Dubai berlaku sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota UAE itu baru-baru ini.

Menurutnya ada jurucakap yang ada akses dengan kepemimpinan di sebelah pembangkang sedang berkeliaran di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak untuk cuba meyakinkan bahawa awal 2024, Kerajaan Madani akan tumbang siap dengan tarikh dan ‘dateline’ sekali.

Sehari kemudian, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam pula mendakwa komplot tersebut didalangi Dr Mahathir dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin.

Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, komplot didalangi Dr Mahathir dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin itu adalah tindakan terdesak untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. – Gambar Facebook Lokman Noor Adam, 5 Januari, 2024

Menurutnya, Daim yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, dikatakan sanggup membelanjakan ratusan juta ringgit untuk ‘membeli’ Ahli Parlimen kerajaan.

“Terdapat dakwaan yang mengatakan Daim sanggup membelanjakan RM750 juta untuk membeli lebih 15 Ahli Parlimen (kerajaan).

“Daim bersama (Dr) Mahathir. Kedua-dua mereka sangat terdesak. Kedua-dua mereka tidak mahu masuk penjara atau menjadi sebahagian daripada kluster mahkamah,” kata Lokman. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related