Beri ruang, kelonggaran pada IPT wujud idea baharu pendidikan: PM

Kementerian Pendidikan Tinggi harus menyelaraskan program bagi mengelakkan apa-apa pertindihan atau permasalahan, tapi beri lebih banyak ruang kepada unversiti

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) diberi ruang dan kelonggaran untuk mewujudkan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan negara.

Katanya, langkah ini penting bagi memastikan IPT negara mampu bersaing dengan lebih baik di peringkat serantau dan dunia, sekali gus melahirkan mahasiswa berdisiplin serta berkualiti tinggi.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya harus selaraskan (program) bagi mengelakkan apa-apa pertindihan atau permasalahan, tapi beri lebih banyak ruang kepada unversiti, lihat lebih banyak program yang lebih baik, kalau tidak kita ubah kepimpinan (IPT),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini.

Berdasarkan pengalamannya sebagai tenaga pengajar, termasuk sebagai felo pelawat (visiting fellow) di beberapa universiti, Anwar melihat walaupun sistem pendidikan barat mempunyai kelemahan, namun ia juga memiliki kelebihan dalam beberapa aspek, termasuk displin pembelajaran yang tinggi. – 5 Januari, 2024

Perdana Menteri berkata, disiplin yang tinggi dan usaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu, amat diperlukan oleh mahasiswa negara ini agar boleh menjadi lebih berdaya saing, misalnya dalam sudut pembangunan kajian lebih berkualiti dan bermanfaat. 

“Saya tidak fikir kita boleh bersaing dalam dunia pendidikan, melawan China, Taiwan, Finland dan negara lain, kalau mahasiswa tidak memiliki disiplin yang tinggi,” katanya. 

Menyentuh soal bahasa, Anwar berkata, walaupun penggunaan Bahasa Melayu diutamakan dalam pengajaran dan pembelajaran, namun IPT juga haruslah melihat kepada kepentingan meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa bermula sekarang. 

Mengambil contoh Indonesia dan Thailand, beliau berkata, walaupun kedua-dua negara berkenaan dilihat serius dalam mengutamakan penggunaan bahasa ibunda masing-masing, namun penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak muda mereka di universiti tempatan, jauh lebih baik berbanding Malaysia. 

“Jadi jangan kita jadinya menjerit soal bahasa, kemudian fobia bila kita sebut penguasaan Bahasa Melayu, ada juga golongan yang agak elit, dia fobia bila sebut ini,” katanya.  – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related