Jalan Silang digempur lagi, lebih 100 premis perniagaan diperiksa, 29 kompaun dikeluarkan

Selain itu, 20 penjaja tanpa lesen termasuk warga asing dikenakan tindakan sita barangan

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jalan Silang di sini sekali lagi digempur semalam dengan tindakan sita dan kompaun dikenakan terhadap peniaga dan penjaja warga asing.

Operasi sempena Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang membabitkan 300 anggota dan pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut tertumpu di sekitar Jalan Petaling dan Masjid India.

DBKL memaklumkan, tindakan khas itu membabitkan pemeriksaan 110 aktiviti premis perniagaan, penjaja, halangan kaki lima, pengendali atau pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am yang berlaku.

Menurutnya, menerusi operasi itu, sebanyak 29 premis perniagaan diambil tindakan pindah peralatan kerana melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing, manakala 20 penjaja tanpa lesen dikenakan tindakan sita barangan termasuk tiga penjaja warga asing.

“DBKL turut mengeluarkan 25 Notis Penguatkuasaan Teknikal dan membuat tindakan serta merta meroboh struktur sambungan di premis perniagaan yang menggantung pelbagai aksesori di lorong, laluan dan jalan awam serta menurunkan iklan dan poster haram sekitar lokasi operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Melakukan halangan awam di kaki lima antara kesalahan yang dikesan dilakukan oleh penjaja dalam operasi DBKL di sekitar Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India. – Gambar ihsan DBKL, 5 Januari, 2024

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan 29 notis kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan membabitkan pelbagai kesalahan.

“Antaranya beroperasi tanpa lesen, menggajikan warga asing, struktur sambungan, halangan tempat awam, iklan tanpa kebenaran dibawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, UUK Iklan (WPKL) 1982, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya.

Katanya lagi, DBKL turut menunda 12 kenderaan dan mengangkut sembilan motosikal selain 45 kenderaan turut dikompaun atas pelbagai kesalahan halangan lalu lintas menerusi Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kesemua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras dan Depoh Kenderaan Ditunda Jalan Pahang untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi,” katanya.

Antara barang yang dirampas dalam operasi sempena Tindakan Khas Parlimen Bukti Bintang di sekitar Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India. – Gambar ihsan DBKL, 5 Januari, 2024

Pada 21 Disember lalu, lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) mengepung Jalan Silang dalam operasi besar-besaran bermula jam 11 pagi.

Dalam operasi itu seramai 1,101 warga asing ditahan untuk pemeriksaan.

Operasi berkenaan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan orang ramai tidak selesa apabila berkunjung ke destinasi tumpuan negara kerana kawasan itu ‘dikuasai’ warga asing sehingga ada yang semakin ‘besar kepala’. – 5 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related