‘Mungkin saya akan jual siakap lebih murah dari 90 sen,’ kata pemilik Ikan Flyover

Harga tersebut sangat murah jika dibandingkan harga pasaran iaitu RM10 sehingga RM11 seekor bagi saiz yang sama

7:16 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Peniaga ikan di Kuala Ibai, Terengganu yang baru-baru ini tular di media sosial kerana menjual ikan siakap pada harga 90 sen seekor, merancang untuk meneruskan jualan ‘Rahmah’ itu pada masa depan dan mungkin pada harga lebih murah.

Bagaimanapun Sauffian Sauji, 36, yang juga pemilik kedai Ikan Flyover berkata, beliau tidak dapat menentukan bila jualan murah yang seterusnya akan diadakan.

“Insya-Allah jika ada rezeki lebih, kita akan buat lagi dan mungkin lagi murah,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Mengulas lanjut, Sauffian memberitahu, salah satu faktor beliau menjual ikan siakap pada harga 90 sen adalah bagi mengurangkan beban pelanggannya yang kurang berkemampuan.

“Walaupun harga murah tetapi tetap ada untung, walaupun (untung) sikit tapi bila barang laku banyak tetap dapat untung yang tinggi,” kata Sauffian.

@scoopdotmy Simpati dengan nasib golongan memerlukan termasuk yang terjejas banjir, seorang peniaga ikan di Kuala Terengganu mengambil inisiatif menjual ikan siakap pada harga 90 sen seekor bagi ikan seberat kira-kira 700 gram, hari ini. Sauffian Sauji, 36, berkata harga istimewa yang ditawarkan itu sangat murah berbanding harga jualannya iaitu RM10 hingga RM11 seekor bagi saiz sama. Menurut pemilik kedai @ikang.flyover itu, sebanyak 1,000 ekor ikan siakap dijual dengan harga murah pada hari ini, dengan had pembelian maksimum enam ekor seorang dan kesemua ikan sangkar itu habis terjual dalam tempoh 40 minit. 📹: @alliakarumbi #newsattiktok #beritatiktok #terengganukite #siakap90sen #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Scoopdotmy

Tambahnya, buat masa ini ikan siakap hanya dijual di Terengganu disebabkan hasil laut mudah diperolehi di negeri terbabit.

“Lebih-lebih lagi bila semua bot keluar ke laut dan ikan yang dibawa balik adalah banyak dan seterusnya harga ikan akan menjadi murah,’’ katanya.

Semalam, tular di media sosial video orang ramai membanjiri seawal 6 pagi di kedai Sauffian kerana ikan siakap dijual pada harga istimewa 90 sen seekor bagi ikan seberat kira-kira 700 gram.

Sauffian berkata harga tersebut sangat murah jika dibandingkan harga pasaran iaitu RM10 sehingga RM11 seekor bagi saiz yang sama.

Sebanyak 1,000 ekor ikan siakap dijual dengan harga murah dengan had pembelian maksimum enam ekor seorang dan kesemua ikan sangkar itu habis terjual dalam tempoh 40 minit.

Jualan murah itu juga bersempena dengan pembukaan cawangan keempat kedainya dan bercadang mengadakan jualan ikan siakap pada harga 80 seekor pada masa akan datang. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related