Pharmaniaga tandatangan perjanjian konsensi dengan KKM selama tujuh tahun

Syarikat berstatus PN17 itu memaklumkan perjanjian terbabit berkuatkuasa secara retrospektif mulai 1 Julai 2023 dan kekal bagi tempoh tujuh tahun sehingga 30 Jun 2030

4:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) iaitu anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) telah mencapai Perjanjian Konsensi (CA) dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membekalkan perkhidmatan bekalan perubatan.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Saham hari ini, syarikat yang berstatus PN17 tu memaklumkan perjanjian terbabit berkuatkuasa secara retrospektif mulai 1 Julai 2023 dan kekal bagi tempoh tujuh tahun sehingga 30 Jun 2030.

“Lembaga pengarah syarikat telah menyemak dan mempertimbangkan terma serta syarat CA, berpendapat bahawa ia adalah demi kepentingan terbaik Pharmaniaga. Terma dan syarat CA adalah adil, munasabah dan atas terma yang tidak memudaratkan pemegang saham minoriti.

“Kelulusan CA tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham dan mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan.

“CA yang dilaksanakan itu akan memberi hak dan kuasa kepada PLSB, antara lain untuk menjalankan perolehan, penyimpanan dan penghantaran produk perubatan ke pejabat serta fasiliti dalam Malaysia yang dikendalikan serta dikawal oleh KKM mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.

Pada 12 Julai 2023, Pharmaniaga mengumumkan bahawa KKM telah mengeluarkan surat kepada PLSB untuk perjanjian CA bagi membekalkan perkhidmatan logistik bekalan perubatan kepada kementerian.

Ketika terma untuk perjanjian itu sedang dimuktamad, PLSB akan terus menyokong dan memberikan perkhidmatan kepada kementerian berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui.

PLSB, bagaimanapun tidak mendedahkan nilai kontrak, memandangkan maklumat mengenainya adalah sulit.

Pharmaniaga, diklasifikasikan sebagai syarikat berstatus PN17 sejak 2017 selepas mengalami kerugian akibat kemerosotan setengah billion ringgit.

Kumpulan itu melaporkan kerugian bersih sebanyak RM49.34 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023, lebih dua kali ganda kerugian bersih suku tahunan RM13.99 juta yang dicatatkan setahun sebelumnya. – 4 Januari, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related