Pergaduhan sekumpulan individu di Klang kerana laluan dihalang, ‘mereka sekeluarga dan sudah berdamai’

Pergaduhan itu dikatakan berpunca disebabkan tidak berpuas hati apabila laluan di antara gerai dihalang dengan barang perniagaan

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sudah memanggil enam individu yang terbabit dalam pergaduhan di Klang untuk diambil keterangan berhubung insiden dilaporkan berlaku beberapa hari lalu itu, sehingga ia tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Pada 1 Januari lalu, kira-kira jam 3.32 pagi, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berumur 28 tahun berkenaan sekumpulan ahli keluarga bergaduh sesama sendiri.

“Pergaduhan itu dikatakan berpunca disebabkan tidak berpuas hati apabila laluan di antara gerai dihalang dengan barang perniagaan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati laporan itu benar apabila sememangnya ia tercetus kerana laluan di antara dua gerai dihalang dengan barangan gerai ibu saudara mereka.

“Kejadian itu kemudian bertukar tegang sehingga berlaku tolak-menolak,” katanya.

Hoong Fong berkata, pergaduhan itu dileraikan ahli keluarga yang berada di kawasan berkenaan.

“Oleh kerana pergaduhan itu berlaku di antara ahli keluarga, kesemua individu terbabit tidak mahu meneruskan siasatan polis dan sudah berdamai.

“Pegawai penyiasat kes sudah menasihatkan mereka agar tidak mengulangi perkara sama,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 35 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu terdiri daripada lelaki serta wanita bergaduh di gerai menjual makanan dan minuman.

Rakaman itu menunjukkan mereka saling tolak-menolak dan dileraikan individu dalam kalangan kumpulan berkenaan. – 3 Januari, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related