Jijik! Wanita buang air besar di atas jalan dikecam netizen

Tindakan itu berjaya dirakam CCTV di sebuah inap desa Cameron Highlands

5:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengotornya macam binatang. Demikian kata netizen selepas video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai pelancong dari China membuang air besar di pekarangan sebuah inap desa di Cameron Highlands tular di platform X, hari ini.

Rata-rata berang dengan tindakan wanita berkenaan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di homestay berkenaan.

Dalam video yang tular itu, individu tersebut yang ditemani seorang wanita lain dilihat selamba membuang air besar dalam keadaan terbuka di atas jalan sebelum bergegas meninggalkan lokasi tersebut.

Rakannya yang menemani wanita itu dilihat cuba melindungi pandangan CCTV ketika dia membuang air besar di atas jalan.

“Pengotorlah pelancong China ni. Akal mana akal? Oh lupa, ‘isi’ pun boleh buang camtu, mungkin akal pun buang dekat tengah jalan,” kata @twtfkrl.

“Lebih hina dari binatang. Binatang pun tahu malu dari bangs aini. Tak tahulah macam mana keadaannya di negara sendiri yang selalu sangat bawa penyakit,” kata @megatyusuff.

“Dah macam lembu berak merata. Tak basuh pula tu. Tak rasa lekit-lekit ke j*** tu. Eeww,” kata @azimmaksum.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menggesa Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing supaya melakukan sesuatu agar masalah yang sering ditimbulkan pelancong khususnya dari China dan Singapura dapat dihentikan.

“@tiongkingsing tak nak masukkan dalam agenda Parlimen ke? Yang tak boleh pakai seluar pendek pandai pula kau menyalak di Parlimen. Yang buang taik merata ni kau tak nak bagi info di Parlimen?” kata @Armadilloguy8.

“Dah banyak kali berita pelancong dari negara yang sama buat perangai macam ni. Tak ada adab betul,” kata @yourmayaa. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related