Pengguna Padu kecewa dengan masalah pengesahan identiti

Menteri Ekonomi berkata, masalah OTP hanya menjejaskan pelanggan Celcom, tetapi pasukan Padu sedang bekerjasama dengan MCMC untuk menanganinya

4:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya beberapa jam selepas pelancarannya, netizen mengeluh mengenai sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data utama negara.

Kira-kira sejam selepas sistem itu tersedia kepada orang ramai petang ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi ciapan di platform X memaklumkan masalah pengguna tidak menerima kata laluan sekali (OTP) pada telefon bimbit mereka hanya membabitkan pelanggan Celcom.

Menyedari bahawa pelanggan operator rangkaian mudah alih lain tidak menghadapi masalah OTP seperti itu, Rafizi berkata, pasukan Padu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berusaha untuk menangani masalah itu.

Bagaimanapun, beberapa pengguna di platform X mengetengahkan isu lain berkaitan sistem pendaftaran pangkalan data, mendakwa mereka mengalami masalah dengan bahagian langkah pengesahan identiti digital dalam proses pendaftaran Padu.

Dalam reaksi balas kepada ciapan Rafizi, ada yang mendakwa walaupun beberapa kali percubaan untuk mengesahkan identiti dengan mengimbas kod QR yang disediakan di laman web Padu, mereka tidak dapat meneruskan ke bahagian seterusnya dalam pendaftaran akaun masing-masing.

Ramai pengguna juga mengadu mengenai kemungkinan terlepas kad Touch ‘n Go yang dilengkapi NFC percuma yang ditawarkan oleh Padu kepada 3,000 individu pertama yang mendaftar dengan sistem itu.

Namun begitu, pengguna lain yang tidak menghadapi sebarang masalah dengan pendaftaran dan proses pengemaskinian maklumat mereka memuji kecekapan Padu, dengan seorang pengguna memaklumkan dia mengambil masa kurang lima minit untuk mendaftarkan dirinya dalam sistem itu.

Pengguna lain pula berkata, semasa proses pendaftaran selesai dalam beberapa minit, trafik yang tinggi di tapak web menyebabkan sedikit kelewatan dalam memuatkan halaman web tersebut.

Awal hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Padu iaitu sistem yang merangkumi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Sistem ini membolehkan pengeluaran analisis data yang lebih tepat, memudahkan penggubalan dasar dipacu data dan meningkatkan proses membuat keputusan sambil menyokong pelaksanaan dasar yang disasarkan untuk mengimbangi kedudukan fiskal negara.

Semua rakyat berumur 18 tahun ke atas mesti mendaftar, membuat semakan data dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan di portal Padu dalam tempoh tiga bulan selepas pelancarannya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related