Padu bantu ukur kedudukan sosioekonomi rakyat lebih tepat

Sistem itu juga berupaya mengelak berlaku keciciran berdasarkan pendapatan boleh guna bersih rakyat

1:31 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pangkalan Data Utama (Padu) akan berupaya membantu kerajaan untuk menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia juga dapat mengelak berlaku keciciran berdasarkan pendapatan boleh guna bersih rakyat.

“Kaedah pengukuran ini mengambil kira jumlah tanggungan dan bilangan isi rumah, kos sara hidup mengikut lokasi, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah.

“Pendekatan ini bukan saja membolehkan kerajaan beralih daripada konsep B40, M40 dan T20, tetapi lebih melihat kepada kewajaran pemberian bantuan berdasarkan kriteria ditetapkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Padu di sini, hari ini.

Padu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sistem itu akan dibuka kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian secara dalam talian sehingga 31 Mac ini.

Selain itu, Rafizi berkata, kerjasama dalam pembekalan dan pengemaskinian maklumat dan data terkini dalam Padu akan dapat membantu kerajaan dalam menyasarkan semula subsidi, mengoptimumkan sumber dan mengukuhkan kemampanan fiskal.

“InsyaAllah, sekiranya Padu berjalan lancar, ia akan dapat membantu mencapai sasaran defisit fiskal di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, 2021 – 2025 (KSP RMKe-12) antara 3.5 peratus hingga tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga menyedari isu keselamatan siber antara perkara yang menjadi kebimbangan rakyat, justeru pembangunan Padu turut mengambil kira segala aspek berkaitan risiko keselamatan sistem dan kebocoran maklumat.

“Bagi memastikan pengendalian data yang selamat, prosedur operasi standard (SOP) yang komprehensif diwujudkan.

“Kerjasama strategik turut diadakan antara Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk meningkatkan keselamatan dan mencegah kebocoran data serta memastikan perlindungan data peribadi.

“Kerajaan turut melantik kumpulan pakar bebas dalam pelbagai bidang yang berperanan sebagai semak dan imbang dalam memastikan pembangunan Padu memiliki ciri-ciri keselamatan terkini dan terbaik,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu merupakan antara keutamaan kerajaan dalam memastikan manfaat limpahan ekonomi dapat dirasai secara adil dan saksama oleh segenap lapisan masyarakat.

“Oleh itu, saya sekali lagi ingin memohon kerjasama hadirin dan rakyat Malaysia untuk mengemas kini maklumat dan data dalam sistem Padu,” katanya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related