Rebat RM5 jika pilih perbaharui Lesen Memandu Malaysia Digital bermula 1 Februari

Inisiatif itu hanya terbuka untuk warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menawarkan rebat sebanyak RM5 kepada pengguna yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan bermula 2 Februari sehingga 31 Disember 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif tersebut terpakai semasa pembaharuan melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau di Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad.

Menurutnya, inisiatif itu hanya terbuka untuk warganegara Malaysia dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas, permit jangka masa panjang, kad MyKAS atau kad MyPR.

“Memilih lesen memandu digital adalah satu lagi langkah kerajaan ke arah menggalakkan pendigitalan, dan untuk memudahkan proses pembaharuan lesen kerana pemohon boleh berbuat demikian melalui aplikasi mudah alih MyJPJ. Ini akan mengurangkan kesesakan di kaunter JPJ.

“Mereka yang masih memilih untuk memiliki lesen fizikal dan cukai jalan (LKM) akan diberikan dokumen bercetak dengan 17 ciri keselamatan, bukannya kad lesen konvensional dan pelekat cukai jalan. Penggunaan dokumen baharu akan bermula sebaik sahaja stok kad dan pelekat sedia ada kehabisan,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan kertas keselamatan itu dipalsukan, Loke berkata, dengan 17 ciri keselamatan ia akan “mencabar” untuk dipalsukan.

“(Tetapi) kali ini kertas itu tidak perlu dilampirkan atau dipamerkan pada cermin depan kenderaan seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini.

“Sebaliknya, ia disimpan mengikut keselesaan orang ramai,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke ibu pejabat JPJ Selangor di sini, pagi ini.

Bagaimanapun katanya, slip cukai jalan (LKM) tidak diwajibkan iaitu memberi masa kepada orang ramai untuk menyesuaikan diri dengan sistem digital.

Pada 2023, terdapat lebih 17 juta pemegang cukai jalan, dengan 7.5 juta daripadanya memilih cukai jalan digital.

Ini, katanya, menunjukkan orang ramai sudah mula menerima pendigitalan perkhidmatan JPJ mengikut peredaran masa.

“Ia adalah menjimatkan kos untuk memilih lesen digital kerana kad fizikal tidak mempunyai fungsi lain. Setiap kad berharga RM7.90 untuk dikeluarkan oleh kerajaan. Itulah sebabnya kami memberi rebat RM5 untuk menggalakkan peralihan kepada lesen digital.

“Kami sedang menuju ke arah pendigitalan tetapi kami faham tidak semua orang bersedia menerimanya. Sementara itu, kami membenarkan sedikit fleksibiliti dengan dokumen fizikal,” katanya.

Pada 10 Februari tahun lalu, Loke memperkenalkan pembaharuan cukai jalan digital melalui portal JPJ dan aplikasi mudah alih MyJPJ. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related