Rakyat tak perlu gusar dengan data yang dikumpul Padu: MDEC

Bagi memperkukuhkan perlindungan data peribadi individu, Akta Omnibus yang akan dibentangkan kerajaan mampu menghalang ia disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab

8:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat tidak perlu gusar dengan data yang dikumpulkan menerusi sistem Pangkalan Data Utama (Padu) memandangkan ia dikawal selia oleh beberapa akta sedia ada.

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, selain itu, bagi memperkukuhkan perlindungan data peribadi individu, Akta Omnibus yang akan dibentangkan kerajaan juga mampu menghalang daripada ia disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Maka, tidak timbul bahawa data ini akan disalahgunakan, tipu dan sebagainya. Bagi saya ia tidak boleh berlaku dengan mudah sekarang kerana terdapat akta yang mengawal selia. Akta Omnibus yang akan dibentangkan di masa akan datang ini juga akan mengawal privasi data kita.

“Itu (Akta Omnibus) juga akan dilaksanakan kerajaan dalam tahun ini dan saya rasa (ia akan dibawa) dalam sidang Parlimen yang akan datang. Maka, akan ada lebih banyak kawalan keselamatan terhadap data-data ini,” katanya menjadi tetamu program Malaysia Petang ini yang bertajuk “Transformasi Digital 2024: Menjelang Peluncuran Padu” terbitan Bernama TV hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada November lalu dilaporkan berkata, kerajaan akan membentangkan Akta Omnibus di Dewan Rakyat bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi sistem Padu.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata, selain itu tindakan undang-undang juga boleh dikenakan mengikut akta berkaitan kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan data.

Syed Ibrahim Syed Noh berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut akta berkaitan kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan data. – Gambar Bernama, 1 Januari, 2024

Esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan Padu, iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Objektif Padu ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. – 1 Januari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related