‘Saya tiada di UAE, saya tak tahu menahu Langkah Dubai’: Ismail Sabri

Katanya, beliau serta keluarga sedang mengerjakan umrah ketika itu dan sebaik selesai, mereka terus pulang ke tanah air

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan beliau terbabit dengan Langkah Dubai, iaitu komplot yang didakwa dirancang beberapa pemimpin pembangkang bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tertentu, bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Malah, Ismail Sabri berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu yang dikatakan didalangi ahli kumpulan berkenaan, dengan turut mengaitkan namanya.

Tegas bekas Naib Presiden Umno itu, beliau tiada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika perkara terbabit dilaporkan berlaku, sebaliknya sedang mengerjakan umrah.

“Saya tak tahu menahu ada atau tidak langkah terbabit. Saya tidak terlibat dan tidak ke Dubai.

“Saya berada di Makkah dan Madinah bersama keluarga untuk menunaikan umrah,” katanya seperti dilaporkan media.

Menurut bekas Naib Presiden Umno itu, sebaik sahaja selesai mengerjakan umrah, beliau terus pulang ke tanah air.

“Dari Makkah, saya terus balik ke Kuala Lumpur pada 31 hari bulan lebih kurang jam 1 pagi.

“Jadi, bagaimana saya terlibat dengan perjumpaan di Dubai jika saya tidak berada di Dubai?” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Ismail Yusop mendakwa wujud komplot Langkah Dubai didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan, dengan matlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan daripada pihak kerajaan itu di ibu kota UAE berkenaan, baru-baru ini.

Pertemuan itu didakwa berlangsung untuk berunding, selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Selain pemimpin PN, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran Anwar. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related