‘Baru lepas ciap, muncul lagi notifikasi gempa bumi susulan’ warga asing di Jepun cerita detik cemas

Stesen penyiaran NHK berulang kali meminta rakyat negara itu membantu warga asing yang sukar mendapat maklumat mengenai kecemasan disebabkan masalah bahasa

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang rakyat Indonesia yang menetap di Jepun, HZM menceritakan bagaimana setakat ini sudah enam gempa bumi susulan berlaku dan dijangka berterusan sehingga malam ini.

HZM yang berada di Ishikawa memuat naik secara langsung perkembangan gempa bumi menerusi aplikasi X @hazumidayo dan turut memuat hantaran video mengenai gempa bumi tersebut.

“Baru tweet, muncul lagi notifikasi (mengenai gempa bumi),’’ katanya.

Dia berlindung di sebuah pusat beli belah di Ishikawa bersama beberapa rakyat Jepun yang lain. Mereka turut diberikan air mineral oleh pihak pengurusan pusat beli belah itu.

HZM juga memaklumkan bahawa mereka sudah diizinkan pulang ke rumah masing-masing, namun kemungkinan masih ada gempa bumi susulan lagi.

Sementara itu, warga asing yang menetap di Jepun, meminta mereka yang tidak memahami bahasa Jepun supaya mendapatkan perkembangan terkini kejadian gempa bumi daripada stesen American Forces Network (AFN).

Bukan itu sahaja, penduduk Jepun turut memuatnaik ciapan di X bagaimana untuk berkomunikasi jika internet tidak berfungsi.

Ada juga yang meminta supaya warga asing yang terjejas dengan kejadian terbabit untuk menghantar maklumat kedudukan mereka menerusi aplikasi X.

Bukan itu sahaja, stesen penyiaran NHK berulang kali meminta rakyat negara itu membantu warga asing yang sukar mendapat maklumat mengenai kecemasan disebabkan masalah bahasa.

Sementara itu, gempa bumi ini disifatkan oleh penduduk di Jepun sebagai kejutan pada hari pertama tahun baharu 2024.

Video-video gelombang ombak besar membadai beberapa bandar termasuk di bandar Suzu telah dimuatnaik di media sosial. Mereka berharap supaya semua penduduk selamat dan tiada kejadian buruk menimpa. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related