Sebarang usaha guling kerajaan mampu ‘rosakkan’ pelaburan, ekonomi

Kesan buruk itu susulan kebimbangan pihak berkenaan apabila melihat ketidakstabilan keadaan politik semasa yang dimainkan pembangkang

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebarang usaha atau komplot, termasuk Langkah Dubai yang didakwa untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal memberi kesan buruk terhadap pelaburan asing.

Pakar ekonomi, Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berkata, kesan buruk itu susulan kebimbangan pihak berkenaan apabila melihat ketidakstabilan keadaan politik semasa yang dimainkan pembangkang.

“Perkara ini (Langkah Dubai) akan membawa ketidakstabilan kepada ekonomi disebabkan pelabur terkilan kerana ketika negotiate (berunding), ia dilakukan dengan orang lain (kerajaan terdahulu), tapi nanti hal pelaburan sudah dipersetujui itu terpaksa dilaksanakan dengan orang lain pula.

“Walaupun mungkin banyak pelabur di sini sudah bersedia menghadapi liku begini, tapi mereka tetap merasa terkesan kerana katakan mereka (pelabur) hendak masuk (pelaburan) dua bulan lagi, tapi tiba-tiba dia terpaksa tunggu dahulu sehingga keadaan politik stabil balik.

“Hal ini akan beri impak negatif terhadap kadar pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara,” katanya kepada Scoop.

Profesor Emeritus Barjoyai Bardai berkata, sebarang usaha untuk menggulingkan kerajaan, termasuk Langkah Dubai akan memberi impak negatif terhadap kadar pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. – Gambar ihsan Prof Emeritus Barjoyai Bardai, 1 Januari, 2024

Beliau berkata, jika naratif untuk menukar Kerajaan Perpaduan dibawa pembangkang terus dimainkan, kemungkinan besar syarikat konglomerat asing akan lebih berhati-hati untuk menaruh kepercayaan dalam mana-mana projek pelaburan di Malaysia selepas ini.

“Impaknya selepas ini, bila buat rundingan mereka akan lebih berwaspada sebab negara kita banyak komitmen dengan syarikat pelaburan dari Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Barjoyai berkata, apapun negara ini mempunyai institusi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) yang dapat menjadi buffer untuk mengatasi masalah berhubung penarikan pelaburan selepas rundingan dipersetujui daripada berlaku.

“Cumanya, negara kita perlu mempunyai institusi dari segi perundangan yang mengesahkan sekiranya projek pelaburan diputuskan itu sudah tidak boleh ditarik balik kerana membabitkan kerugian kepada kerajaan,” katanya.

Datuk Ismail Yusop sebelum ini mendakwa terdapat komplot yang didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan dengan matlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. – Gambar Bernama, 1 Januari, 2024

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Ismail Yusop mendakwa terdapat komplot Langkah Dubai yang didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan, dengan matlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ismail berkata, Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan daripada pihak kerajaan itu di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Pertemuan itu didakwa berlangsung untuk berunding, selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Selain pemimpin PN, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related