Nafi terbabit Langkah Dubai, Abdul Rahman lapor polis

Beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan dirinya turut terbabit dalam komplot itu

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad hari ini, membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai antara Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terbabit dalam komplot Langkah Dubai untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Menafikan perkara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, laporan polis terbabit dibuat ke atas satu video tular menerusi akaun youtube Halim Romli Channel, mengenai dakwaan berkenaan.

Abdul Rahman berkata, laporan polis itu juga bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Hari ini saya ditemani hampir 100 orang yang terdiri daripada Ketua Cawangan Umno Bahagian, ketua kampung, Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Lipis dan badan bukan kerajaan (NGO) Lipis, datang membuat laporan polis berkenaan satu video tular menerusi akaun youtube Halim Romli Channel, mengenai dakwaan sekumpulan ahli Parlimen yang berada di Dubai sebagai percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Juga disebut bahawa saya adalah seorang daripada yang terlibat dalam percubaan terbabit. Saya sifatkan tindakan ini adalah bermotifkan tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan untuk menimbulkan polemik, selain mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Demi membersihkan nama saya, tindakan undang-undang berat akan diambil kepada Halim Romli Channel yang menggunakan media sosial sebagai medium hasutan,” katanya menerusi kenyataan.

Abdul Rahman berkata, sedangkan dalam tempoh beberapa minggu ini beliau berada di Malaysia, khususnya Lipis bagi memenuhi program dan menyantuni masyarakat.

Katanya, walaupun di penghujung tahun, beliau tetap bersedia memberi khidmat kepada masyarakat dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga di Lipis kerana bimbang berlakunya banjir di kawasan berkenaan.

Meluahkan kekecewaan, beliau berkata, tohmahan dan fitnah jahat terhadap pemimpin BN itu, tidak seharusnya berlaku di saat Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempunyai dua per tiga majoriti, malah sebuah pentadbiran yang kuat dan stabil.

Abdul Rahman Mohamad berkata, demi membersihkan namanya, tindakan undang-undang berat akan diambil kepada Halim Romli Channel yang menggunakan media sosial sebagai medium hasutan. – Gambar Facebook, 1 Januari, 2023

“Tuduhan seperti ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengganggu gugat kestabilan ekonomi dan memberi kesan kepada pelaburan asing, sekali gus akan menjejaskan peluang pekerjaan, khusus untuk orang muda,” kata Ketua Umno Bahagian Lipis itu.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Ismail Yusop mendakwa wujud komplot Langkah Dubai didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk beberapa ahli parti politik kerajaan, dengan matlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ismail berkata, Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan daripada pihak kerajaan itu di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Pertemuan itu didakwa berlangsung untuk berunding, selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.

Selain pemimpin PN, beliau mendakwa ada pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran Anwar. – 1 Januari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Chef Wan slammed for ‘racist’ comment on Aishwarya Rai’s dress at Cannes

Celebrity chef has likened Indian film star’s gown at festival to a ‘kavadi’

Related