BDS Malaysia adakan perarakan pro-Palestin di seluruh negara pada 13 Januari

Tarikh itu dipilih untuk bersama-sama menyokong tindakan kumpulan pro-Palestin yang turun ke jalanan di seluruh dunia pada masa sama

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) akan mengadakan perarakan di seluruh negara pada 13 Januari (Sabtu), sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin yang terkorban di Gaza akibat kekejaman tentera Israel.

Perarakan itu adalah sebahagian daripada tindakan sama di seluruh negara untuk membantah pengeboman Israel di Semenanjung Gaza yang sudah membunuh 21,822 orang dan mencederakan kira-kira 56,000, sejak serangan terbabit dimulakan pada 7 Oktober.

Perarakan itu adalah sebahagian daripada tindakan sama di seluruh negara untuk membantah pengeboman Israel di Semenanjung Gaza – Gambar X BDS Malaysia, 1 Januari, 2024

“Marilah kita berarak bersama-sama di bandar dan bandar di seluruh dunia untuk hari global bagi Gaza pada 13 Januari,” kata BDS Malaysia menerusi hantaran di media sosial Instagram dan X.

Gerakan itu berkata, tarikh 13 Januari dipilih rakyat Palestin untuk masyarakat antarabangsa menggerakkan himpunan dan turun ke jalanan bagi terus menuntut gencatan senjata.

“Kita perlu meningkatkan desakan ini dengan menyelaraskan tindakan di seluruh dunia,” katanya.

BDS Malaysia berdepan tindakan saman oleh McDonald’s Malaysia kerana didakwa menggerakkan kempen memboikot rangkaian makanan segera itu.

McDonald’s Malaysia menegaskan, rangkaian restoran itu adalah 100 peratus milik orang Islam dan menderma kepada bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, selain tidak menyokong tindakan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Di sebalik penjelasan itu, ramai masih menyalahkan McDonald’s Malaysia kerana jenamanya mempunyai kaitan dengan McDonald’s di Israel yang menaja makanan untuk tentera Zionis.

Amerika Syarikat (AS) dan kuasa barat pro-Israel berulang kali menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related