Rakyat tunggu giliran Dr Mahathir, Daim disiasat, ‘mereka tidak kebal’

Puad berkata, sekiranya bekas Menteri Kewangan itu direman dan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram, ia bakal menjadi ‘tajuk besar’ 2024

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin harus menerima hakikat bahawa mereka tidak kebal daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, rakyat sememangnya menunggu giliran dua bekas pemimpin negara itu disiasat, susulan kebocoran maklumat Kertas Pandora berhubung kekayaan dimiliki Daim sehingga ia tular.

“Rakyat memang tunggu giliran Tun M dan Tun Daim disiasat. Dia kena terima hakikat. Dia tidak kebal. Biar SPRM siasat. Kekayaan Daim bocor bila viral ‘Kertas Pandora’.

“SPRM kata siasatan terhadap Tun Daim berdasarkan Kertas Pandora. Baru rakyat tahu dua anak Daim memiliki syarikat BVI (British Virgin Island) ketika berumur sembilan dan 12 tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, banyak misteri mengenai kekayaan Tun Daim.

“Apakah kandungan Kertas Pandora itu benar? Biar SPRM siasat. Kita pun hairan kenapa Tun Daim tidak tersenarai 50 orang terkaya dalam ‘Forbes Malaysia’. Apa rahsianya?” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit itu.

Puad berkata, sekiranya bekas Menteri Kewangan itu direman dan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram, ia bakal menjadi ‘tajuk besar’ 2024.

Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah melalui pengalaman sama.

“Biar SPRM siasat Tun Daim. Kalau betul Tun Daim akan disiasat, direman dan didakwa ia akan jadi tajuk besar untuk 2024. Tidak pelik pun. Najib bekas Perdana Menteri sudah melalui pengalaman itu.

“Rumah diserbu, akaun disita, satu malam ditahan di pejabat SPRM, didakwa, dibicara dan akhirnya dipenjara. Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tidak lama lagi akan dibicara,” katanya.

SPRM menerusi kenyataan kelmarin mendedahkan, siasatan pihaknya terhadap Daim berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, dibuat berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora, dengan penyiasatan dimulakan sejak Februari lalu.

Menurutnya, satu Notis mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) diserahkan kepada Daim supaya mengisytiharkan segala aset.

Pengisytiharan itu, katanya, termasuk aset di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu.

Daim dikatakan memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan diberikan masa pada 6 Julai; 10 Ogos; 11 September; 11 Oktober dan terakhir pada 14 November lalu untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Daim dilaporkan menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik.

Bagaimanapun, SPRM menegaskan dakwaan Daim kononnya siasatan kes beliau menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat tidak tepat. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related