Hampir 600,000 kemalangan dilaporkan sepanjang 2023

Daripada jumlah itu, sebanyak 12,417 merupakan kemalangan melibatkan kematian

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Disember tahun lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12,417 merupakan kemalangan melibatkan kematian.

“Sementara 2,331 kes membabitkan kemalangan parah dan 28,511 kemalangan ringan, manakala selebihnya hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Ambang Tahun Baharu di Plaza Tol Jalan Duta di sini awal pagi tadi.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kes kemalangan tertinggi dengan 173,129 kes, diikuti Johor (87,370 kes) dan Kuala Lumpur (72,701 kes).

Menurut beliau, Selangor juga mencatatkan jumlah kematian paling tinggi dengan 2,092 orang, kemudian Johor (2,010) dan Perak (1,321).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSPT telah melaksanakan operasi bersepadu ambang tahun baharu secara besar-besaran di seluruh negara melibatkan semua kontinjen dan daerah bermula 8 malam hingga 5 pagi tadi.

Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related