Afrika Selatan heret Zionis ke ICJ: ‘Israel akan teruskan perang ini’

Netanyahu menuduh Hamas sebenarnya yang melakukan genosid

8:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak tuduhan Afrika Selatan bahawa ia melakukan tindakan genosid (pembunuhan beramai-ramai) di Palestin.

Arab News melaporkan, malah dengan nada sombongnya, Netanyahu berkata, rejim Zionis akan meneruskan perang sambil menuduh Hamas yang telah melakukan genosid.

“Kami akan meneruskan perang bagi mempertahankan Israel,” katanya pada mesyuarat Kabinet di Tel Aviv semalam.

Beliau mengulas tindakan Afrika Selatan yang memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding terhadap rejim Zionis di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, atas jenayah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid ke atas rakyat Palestin.

Menurut kenyataan ICJ, negara itu dalam permohonannya menegaskan Israel telah mencabuli kewajibannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid susulan situasi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Netanyahu kemudiannya mencari helah apabila menegur Afrika Selatan dan memperbetul dakwaan siapa sebenarnya yang melakukan genosid.

“Bukan, Afrika Selatan, bukan kami yang datang untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai, tetapi Hamas.

“Ia akan membunuh kita semua jika boleh. Sebaliknya IDF (tentera Israel) bertindak secara moral yang mungkin,” katanya.

Rejim Zionis melancarkan kempen ketenteraannya tanpa henti menentang Hamas di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Serangan berterusan Israel di Gaza telah membunuh lebih 21,800 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.

Baru-baru ini Afrika Selatan memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding jenayah terhadap rejim Zionis di ICJ.

ICJ memaklumkan, dalam permohonan itu juga, Afrika Selatan menarik perhatian umum bahawa Israel mungkin melakukan tindakan sama pada masa depan. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related