Kepung Demi Palestin capai matlamat, peserta pelbagai kaum tunjuk solidariti: Penganjur

Selain peserta, pemandu yang melalui Jalan Tun Razak membunyikan hon, sebagai tanda sokongan terhadap acara itu serta penduduk Palestin

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menyifatkan penganjuran himpunan Kepung Demi Palestin berjaya mencapai matlamat, iaitu bagi menunjukkan solidariti kepada rakyat negara berkenaan.

Penganjur bersama SSP yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali Tian Chua berkata, inisiatif dilaksanakan bersama gabungan 48 badan bukan kerajaan (NGO) itu, berjaya mencapai matlamat dan misi ditetapkan.

Katanya, menerusi kempen enam hari bermula Selasa lalu itu, dapat dilihat rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama turut menunjukkan solidariti mereka dengan turun di hadapan Kedutaan AS.

“Misi yang kita jalankan ini berjaya mencapat matlamatnya bagi terus-terusan menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang ditindas.

“Jika sebelum ini ramai orang melihat hanya satu kaum sahaja yang lantang bersuara, tapi di sini kita nampak bersama-sama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama bersuara demi Palestin.

“Untuk malam ini pun sambutan sangat mengalakkan dan kami menjangkakan 1,000 peserta hadir menjelang tengah malam 1 Januari 2024,” katanya ketika ditemui Scoop pada Grand Finale Himpunan Kepong Demi Palestin di Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

Chua Tian Chang berkata, inisiatif dilaksanakan bersama gabungan 48 NGO itu berjaya mencapai matlamat dan misi ditetapkan. – Azim Rahman/Scoop, 1 Januari, 2024

Sementara itu, menerusi tinjauan Scoop sepanjang acara bermula kira-kira jam 8.30 malam, ratusan peserta hadir sambil membawa plakad tertera kata-kata sokongan kepada Palestin.

Mereka turut mempamerkan plakad menunjukkan kemarahan dan kecaman terhadap tindakan Israel yang masih terus membedil Palestin.

Bukan setakat itu, peserta meluahkan kecaman kepada AS yang menunjukkan sokongan terhadap tentera Zionis.

Sorakan ‘Free Palestine dan Save Gaza turut bergema daripada peserta yang membanjiri lokasi berhampiran Kedutaan AS berkenaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi ucapan pada hari terakhir himpunan Kepong Demi Palestin, malam tadi. – Azim Rahman/Scoop, 1 Januari, 2024

Malah, pemandu yang melalui Jalan Tun Razak membunyikan hon kenderaan masing-masing, sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap acara itu serta penduduk Palestin.

Kepung Demi Palestin turut diadakan demi mendesak Kedutaan AS untuk segera mendesak negara berkenaan mendesak Israel supaya segera melaksanakan genjatan senjata.

Antara agenda penganjur Sekretariat Solidariti Palestin adalah mendirikan khemah dan bermalam di hadapan Kedutaan AS sebagai tanda solidariti kepada Palestin. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related