PDRM laksana operasi ambang tahun baharu besar-besaran seluruh negara

Operasi tersebut melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM, selain JPJ, AADK, JAS dan Imigresen

12:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melaksanakan operasi bersepadu ambang tahun baharu secara besar-besaran di seluruh negara melibatkan semua kontinjen serta daerah bermula 8 malam tadi hingga 5 pagi nanti.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Operasi bertujuan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas dengan memantau pergerakan aliran trafik di lokasi tumpuan selain membanteras aktiviti samseng jalanan serta mencegah pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang boleh mendatangkan risiko kemalangan atau halangan di jalan raya.

“Konsep penugasan terbahagi kepada dua iaitu kawalan lalu lintas bagi kelancaran aliran trafik sempena sambutan tahun baharu dan operasi penguatkuasaan ambang tahun baharu,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, terdapat 17 lokasi sambutan ambang tahun baharu di Lembah Klang iaitu 10 di Kuala Lumpur dan selebihnya di Selangor.

“Walaupun tiada sambutan secara rasmi diadakan di Dataran Merdeka dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), PDRM turut meletakkan petugas bagi memantau keselamatan serta ketenteraman awam di lokasi tersebut selain membantu melancarkan aliran trafik sekiranya berlaku kesesakan yang ketara.

“PDRM khususnya JSPT menyeru kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa patuhi peraturan di jalan raya, bersikap toleransi, berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan.

“Patuhi arahan petugas yang melaksanakan penugasan di lapangan bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya dan orang ramai,” katanya. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related