Perutusan 2024: Anwar belum berpuas hati, ukuran sebenar adalah kemaslahatan, kesejahteraan rakyat

Perdana Menteri berkata, meskipun negara mencatat penurunan inflasi, kadar pengangguran dan perkembangan ekonomi, namun ia bukan ukuran sebenar

9:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun 2023 melabuhkan tirainya hari ini dengan mencatatkan beberapa kejayaan dalam tempoh setahun pentadbirannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum berpuas hati dengan pencapaian itu.

Perdana Menteri berkata, meskipun negara mencatatkan sedikit kejayaan, seperti penurunan inflasi, kadar pengangguran terendah dan perkembangan ekonomi, namun ia bukan ukuran sebenar.

Katanya, ukuran sebenar adalah mengenai kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Tahun 2023 sudah melabuhkan tirainya. Saya tidak lekas berpuas hati meski kita menggapai sedikit kejayaan dalam tempoh singkat, seperti penurunan inflasi ke tahap dua peratus, kadar pengangguran terendah, selain ekonomi berkembang dan bertahan pada empat peratus.

“Mungkin peratus rendah tetapi bagi yang tertekan dengan kehidupan dan kos sara hidup, ia mesti segera ditangani,” katanya menerusi perutusan tahun baharu 2024 malam ini.

Perdana Menteri berkata, suasana ketidaktentuan sejak beberapa tahun lalu menjadi pedoman terbaik untuk kerajaan terus bekerja sebagai satu pasukan berlandaskan asas politik kukuh.

“Ini hanyalah mukadimah kepada jalan panjang ke arah reformasi dan kita semestinya tidak boleh terpukau kerana sekiranya terpukau, kita akan lena.

“Kita mesti bekerja lebih kuat dan gigih di tahun 2024 dan itu tekad kita. Selamat Tahun Baru 2024!” katanya.

Anwar mula menerajui pentadbiran negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, sejurus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu.

Kerajaan pimpinan Anwar ditubuhkan menerusi gabungan beberapa parti politik, selepas tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti untuk menubuhlan kerajaan pasca PRU-15.

Selain ditunjangi PH, pentadbiran pimpinan Anwar dianggotai beberapa parti politik, antaranya Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – 31 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related