‘Kupasan Ustaz Azhar Idrus mengenai ucapan saya agak keras’: Anwar lihat dari sudut positif

Perdana Menteri nasihat jangan kutuk sesiapa, tak boleh cerca, laknatkan, fitnah orang dengan fakta tidak betul

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kupasan oleh penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus mengenai ucapannya berkait isu pemuda al-Kahfi ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini sebagai agak keras.

Malah beliau juga melihat beberapa kupasan oleh ahli dan ustaz-ustaz Pas agak keterlaluan.

Namun dalam nada yang lembut, Perdana Menteri memandang dari sudut positif terhadap ucapannya itu telah dikupas secara menyeluruh oleh ramai pihak termasuk di media sosial.

“Tetapi janganlah menyerang, ada mengatakan kita jangan mengutuk ulama, (itu) betul. Sebab itu saya tidak bersetuju kenyataan-kenyataan kesat atau memperlekeh sumbangan pendakwah, Ustaz Azhar Idrus selain daripada singgungan politik iaitu kita berhak mempertikai tetapi beberapa kupasan ahli-ahli, ustaz-ustaz Pas, saya anggap keterlaluan.

“Tak payahlah kita bergaduh dalam soal ini sebab menjatuhkan hukum tanpa meneliti, mungkin lulusan al-Azhar (universiti) betul tetapi tidak semestinya tepat kupasan itu.

“Banyak hujah yang dikemukakan tetapi yang penting dalam saya tekankan ialah tentang mesej, dan saya harap dengan satu budaya wacana yang baik, hentikan daripada kutukan termasuk pada Ustaz Azhar Idrus atau kepada sesiapa pun,” katanya dalam rakaman video penjelasan mengenai kupasan al-Kahfi di akaun Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata, dalam isu terbabit, apa yang positifnya adalah jarang sekali ayat-ayat al-Quran dibahas begitu meluas dalam media sosial dan ia perkembangan yang baik, asalkan semua pihak menjaga adab.

“Tak boleh cerca orang, laknatkan orang, fitnah orang dengan fakta yang tidak betul kerana ketaksuban kita bukan kepada Islam tetapi kepada parti sehinggakan orang lain yang tidak mengikuti itu dianggap musuh durjana.

“Jangan kutuk sesiapa, ulas dengan baik dan berhak untuk tidak bersetuju tetapi tidak boleh mengatakan bahawa ini menyesatkan kerana ada ulasan dan seperti mana banyak dikupaskan,” katanya.

Tambahnya, tujuan beliau menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan JPM baru-baru ini ialah untuk mengingatkan mereka bahawa kemampanan ekonomi itu penting dan dalam merentasi semua persoalan itu ada kaitan dengan isu nilai dan akhlak.

“Dalam konteks itulah saya bawa ayat al-Quran dari surah al-Kahfi iaitu dengan maksud memohon penjawat awam bekerja sebagai satu pasukan dan jangan meningalkan soal keyakinan, keimanan, akhlak dan nilai. Ia tidak sering kali dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

“Jadi saya bermula dengan membaca ayat-ayat al-Quran dari surah al-Kahfi dan mengupas secara umum. Tapi apakah maksudnya? Mengingatkan mereka bahawa dalam kesibukan, keriuhan, keutamaan pembangunan, pertumbuhan, tatakelola, semua ini harus berpaksi kepada keimanan dan jaga nilai dan akhlak.

“Seperti mana pengalaman yang disebut dalam surah al-Kahfi, tujuh pemuda yang menyelamatkan diri daripada kebobrokan sistem, syirik, kebejatan, kezaliman. Ini yang saya kaitkan juga tentang pentafsiran sejarah dalam al-Quran, bukan tarikhnya, bukan tempatnya, tetapi mesejnya,” tegas beliau.

Perdana Menteri, menganggap kupasan Ustaz Azhar Idrus mengenai ucapannya berkait isu pemuda al-Kahfi ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini sebagai agak keras. – Gambar Bernama, 31 Disember, 2023

Katanya, mesej daripada ayat itu adalah pemuda yang teguh iman, kental semangat dan diselamatkan serta ditambah petunjuk kepada mereka.

“Jadi bagi pengulas-pengulas, pengkritik, harus lihat konteks itu. Dan kalau maksud itu hendak dipertikai, (itu) tidak adil. Saya tahu pada mulanya sahabat saya, yang saya hormati, Ustaz Azhar Idrus mengupasnya berdasarkan soalan yang tidak menjelaskan apa-apa, jadi jawapannya itu agak keras.

“Kerana pada tafsiran Ustaz Azhar Idrus, tujuan orang yang menyampaikan pidato itu agak mengelirukan dan mengatakan orang ini tidak beriman. Padahal dalam ucapan saya, dua kali saya tegaskan dan mengulangi ayat al-Quran tentang orang yang beriman.

“Saya sebut juga tentang kisah yang sebenar di dalam The Golden Legend, tidak dalam Bible, itu betul. Beliau menegurkan sebenarnya tidak termasuk di dalam Bible tetapi di dalam kitab mereka, kitab yang dianggap sahih dan muktabar bagi orang Kristian iaitu The Golden Legend yang ditulis oleh Jacobus de Voragie dan menajdi teks yang penting terutama di kalangan Gereja Ortodok dan kemudian tersebar di seluruh dunia Kristian mengenai The Seven Sleepers of Ephesus.

“Ephesus itu nama tempat tetapi pada masa itu kalau ikut kisah beliau itu zaman Kristian kerana itu 250 Masihi. Tetapi seperti mana saya sebut dalam konteks ucapan saya, dalam Quranic Interpretation History, bukan tarikh, bukan tempat tetapi kisah yang ditekankan tentang anak muda yang kuat imannya menolak syirik, menolak kezaliman pada masa itu Maharaja Decius, yang membawa fahaman syirik, menyembah berhala, dalam keadaan satu kisah, orang sudahpun beriman yang mengikut Nabi Isa,” katanya.

Beliau kemudiannya menambah: “Tetapi seperti mana dikupas oleh banyak kitab lama juga, ada yang menyatakan ini zaman Nasara (Nasrani), termasuk Ibnu Katsir, ada yang tidak bersetuju, jadi saya hanya menyinggung tanpa mengatakan isi satu konteks yang sahih selain daripada kupasan al-Quran”. – 31 Disember, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related