Jumlah mangsa banjir terus menurun, Terengganu pulih sepenuhnya: Nadma

Mangsa banjir di Kelantan pula berkurangan kepada 3,593 orang di 16 PPS berbanding 6,684 orang di 24 PPS tengah hari tadi

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun lagi kepada 3,681 orang di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini sementara Terengganu pula telah pulih sepenuhnya daripada bencana itu.

Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 3,593 orang di 16 PPS berbanding 6,684 orang di 24 PPS tengah hari tadi.

Menurut laporan itu, PPS di Kelantan merangkumi lima di Pasir Mas yang menempatkan 2,093 orang, sembilan di Tumpat (1,469 orang) dan dua di Kuala Krai (31 orang).

Di Pahang, bilangan mangsa banjir kekal 34 orang dan berlindung di dua PPS di Daerah Maran, manakala 87 mangsa insiden tanah runtuh di Cameron Highlands kekal berada di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.

Jumlah mangsa banjir di Johor juga tidak berubah dengan 54 orang masih ditempatkan di dua PPS di Daerah Segamat petang ini.

Tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Pulai, Johor Bahru di Johor; Sungai Golok, Pasir Mas (Kelantan) dan Sungai Arau, Arau (Perlis).

Laporan itu juga menyatakan terdapat 34 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan tanah runtuh.

Antara yang terlibat ialah Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat di Johor; Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang (Kelantan); Jalan Marang-Wakaf Tapai (Terengganu) dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang serta Jalan Bukit Jugra di Selangor. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related