40 peratus penduduk Gaza berisiko kebuluran ‘dahsyat’

60 peratus infrastruktur di Gaza rosak atau musnah, dan hampir 2 juta penduduk hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih serta ubat-ubatan

2:45 PM MYT

 

ISTANBUL – Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) semalam mengulangi amaran bahawa orang awam di Gaza sedang bergelut dengan kelaparan yang dahsyat dan hampir separuh daripada penduduknya berdepan risiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu hantaran di X, Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Thomas White berkata, orang ramai sedang kelaparan dan terdesak untuk mendapatkan makanan.

Menurut beliau, sebanyak 40 peratus daripada populasi di Gaza juga berdepan berisiko kebuluran.

“Lebih banyak bekalan secara kerap diperlukan. Kami memerlukan akses kemanusiaan yang selamat dan berkekalan di mana-mana, termasuk ke Utara Gaza,” katanya.

Gaza memerlukan akses kemanusiaan yang selamat dan berkekalan di mana-mana, termasuk ke Utara Gaza. – Gambar UNRWA, 31 Disember, 2023

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, serangan tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan mencederakan ramai lagi penduduk.

Serangan Israel menyebabkan Gaza ‘hancur’ dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah dan hampir 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Ketua UNRWA, Phillipe Lazzrini berkata, bantuan kemanusiaan yang bermakna, tanpa halangan dan tanpa syarat serta aliran komersial, masih boleh mengubah keadaan dan mencegah kebuluran daripada berlaku. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related