Lelaki warga Indonesia didakwa bunuh kakak

12:54 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kakaknya di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, minggu lepas.

Said Afendi, 24, didakwa membunuh Syarifah Ilawati, 42, kira-kira 2 pagi, 24 Dis lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Lelaki itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.  

Mahkamah menetapkan 18 Feb depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dilapor berkata seorang wanita warga asing maut dipercayai ditikam dengan objek tajam pada awal pagi Ahad lepas. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related