Kes Zayn Rayyan: ‘Indahnya rumah baru abang, seindah tuannya’

Polis masih menjalankan siasatan, operasi pencarian bukti di Apartment Idaman diteruskan

8:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Terima kasih banyak-banyak kepada semua sebab selalu ambil berat dan peduli tentang Zayn, dari awal Zayn hilang sampai sekarang masih lagi setia ambil peduli tentang Zayn, syukur alhamdulillah”.

Demikian luahan Ismanira Abdul Manaf, 28, mengenai sikap ambil peduli ramai pihak terhadapnya selepas pemergian anak tersayang, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan meninggal dunia pada 6 Disember lalu, sehari selepas dilaporkan hilang.

Luahan Ismanira di akaun Instagram miliknya dengan kepingan gambar ‘rumah baharu’ Zayn Rayyan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Seksyen 9 itu berterusan menyentuh hati ramai pihak yang mendoakan agar pemergian kanak-kanak autisme itu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Ramai yang bertanya kepada saya, ramai yang minta izin nak datang ziarah pusara Zayn, boleh, saya izinkan, asalkan tidak buat perkara yang tidak sepatutnya, saya okay saja.

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang peduli tentang Zayn dan sayang Zayn, insya-Allah Zayn pun sayang semua, Zayn penyayang orangnya, orangnya lembut,” tulisnya.

Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari 5 Disember lalu, sebelum Ismanira membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9 yang membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemukan tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemukan.

Polis kemudiannya memohon bantuan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak berkuasa sudah menghantar bukti berhubung kes itu yang diperoleh kepada Interpol.

Terdahulu Ismanira menyelitkan gambar anak keduanya yang saban hari memanggil-manggil nama Zayn Rayyan, tanda kerinduan si adik terhadap abangnya itu.

“Adik tak faham lagi bila mommy cakap abang Zayn dah tak ada, abang Zayn dah dekat syurga, tapi tiap kali mommy sebut nama abang Zayn, adik senyum, menandakan dia sayang dekat abang dia. Tiap hari pun dia panggil-panggil nama abang dia, sebab dia ingat abang dia ada, dia nak main dengan abang, dia bosan sorang-sorang,” katanya.

Sementara itu, Hussein menegaskan pihaknya masih menunggu maklum balas Interpol berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.

Menurut beliau, pihak polis masih menjalankan siasatan termasuk operasi pencarian bukti di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai. – 31 Disember, 2023

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related