Malaysia akan terus konsisten atur selia kuasa negara Islam demi Palestin

Datuk Aiman Athirah Sabu turut berharap genjatan senjata dapat dilaksanakan segera agar tiada lagi mangsa terkorban susulan peperangan terbabit

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu yakin kepimpinan negara sedang mengatur selia kuasa negara Islam dalam terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang teruk ditindas tentera Israel.

Menurut Aiman Athirah, usaha itu dapat dilihat menerusi tindakan konsisten Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan isu terbabit.

“Saya yakin dan percaya kepimpinan negara sedang mengatur selia kuasa-kuasa negara Islam untuk memainkan peranan masing-masing.

“Perdana Menteri (Anwar) dapat dilihat selalu konsisten bercakap mengenai Palestin, termasuk baru-baru ini menyekat syarikat perkapalan Israel dari berlabuh di Malaysia.

“Malah, ketegasan beliau bercakap mengenai isu Palestin ketika persidangan forum ekonomi di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menunjukkan konsisten dan pendirian Malaysia dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada malam kelima program Kepung Demi Palestin di Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

Beliau turut berharap, memasuki hampir 100 hari konflik Palestin-Israel, genjatan senjata dapat dilaksanakan segera agar tiada lagi mangsa terkorban susulan peperangan terbabit.

“Kematian dan kemusnahan di Gaza adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan didiamkan. Tindakan keras mesti diambil dan ditunjukkan kepada Israel dan Amerika Syarikat (AS).

“Jadi saya harap akan ada usaha berterusan untuk tindakan tegas dan keras (untuk desak genjatan senjata),” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan Scoop pada malam kelima, terdapat peserta masih berhimpun berhampiran Kedutaan AS, namun jumlahnya berkurangan berbanding dua malam pertama sebelum ini.

Malam kelima Kepung Demi Palestin menyaksikan jumlah hadirin yang mengecil berbanding malam-malam sebelumnya – Juliana Johar/Scoop, 31 Disember, 2023

Peserta mengadakan beberapa aktiviti, seperti persembahan deklamasi sajak dan puisi serta nyanyian lagu kebebasan Palestin.

Mereka turut melaungkan kata-kata ‘Bebas Palestin’ demi menunjukkan solidariti kepada rakyat di negara berkenaan.

Kepung Demi Palestin diadakan selama enam hari bermula Selasa lalu demi mendesak Kedutaan AS untuk segera melaksanakan genjatan senjata.

Antara agenda penganjur Sekretariat Solidariti Palestin adalah mendirikan khemah dan bermalam di hadapan Kedutaan AS sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Setakat ini, seramai 21,507 penduduk Palestin terkorban, manakala 55,915 cedera sejak serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related