Kemelut Sambal Nyet tiruan: Pengusaha Sambal Nyet Khairi lantik peguam, mahu selesai dengan baik

Sebelum ini Khairul Aming memaklumkan peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan perlanggaran harta intelek

2:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Peniaga Sambal Nyet Khairi yang dikecam teruk selepas didakwa menciplak produk keluaran pempengaruh Khairul Aming, Sambal Nyet, meminta semua pihak memberi ruang untuk mereka menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Dalam hantaran di laman Facebook, Sambal Nyet Khairi memberitahu, untuk tujuan itu, pihaknya telah melantik peguam bagi menangani kemelut antara Sambal Nyet Khairi dan Sambal Nyet (Khairul Aming) dengan cara yang betul.

“Kami telah menerima banyak pertanyaan berkenaan dengan isu yang timbul. Kami berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kami.

“Pada masa ini, kami telah melantik peguam untuk menangani isu ini dengan cara yang betul. Mohon berikan sedikit masa kepada kami untuk menyelesaikan isu ini dengan baik,” katanya.

Baru-baru ini, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming telah mengenal pasti penjual Sambal Nyet plagiat dan akan mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

Menerusi satu video yang dikongsi di platform X, Khairul Aming berkata, peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan perlanggaran hak harta intelek kepada penjual terbabit.

Beliau turut mengemukakan lapan tuntutan dan jika pihak berkenaan gagal memenuhi semua tuntutan tersebut maka kes akan dibawa ke peringkat seterusnya.

“Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 November 2021,’’ katanya dalam video pendek yang dimuat naik menerusi akaun media sosialnya.

Isu tersebut membuatkan netizen meluahkan kemarahan mereka kerana ia mengelirukan dan mencetuskan banyak persoalan.

Mereka marah kenapa produk Khairul Aming ditiru malah pelekat pada botol sambal itu sama dengan produk asal.

Malah seorang pembeli mengaku dia telah terbeli lima botol sambal ‘tiruan’ berkenaan ketika promosi 12.12 lalu.

Pembeli itu meminta bayaran balik tetapi tidak diendahkan oleh penjual. – 30 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related