Imigresen ‘gempur’ Abdullah Hukum, 567 PATI ditahan di sebuah pangsapuri

Operasi yang disertai 85 pegawai dan anggota Imigresen itu berdepan cabaran apabila ada warga asing cuba melarikan diri dengan terjun dari bangunan dan enggan membuka pintu

9:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menahan 567 warga asing atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam operasi di sebuah pangsapuri di Abdullah Hukum, Bangsar, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi berlangsung kira-kira tiga jam bermula 1.15 pagi hasil risikan selama seminggu pihaknya susulan aduan daripada penduduk berhubung kebanjiran warga asing di kawasan berkenaan.

“Seramai 1,000 warga asing diperiksa dalam operasi itu, dan 567 pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh 252 orang, Nepal (163), Myanmar (75), Indonesia (72), Filipina (empat) dan India (satu).

“Pendatang tanpa izin berumur satu hingga 55 tahun yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, dan disiasat mengikuti Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada pemberita selepas operasi.

Seramai 1,000 warga asing diperiksa dalam operasi itu, dan 567 pendatang tanpa izin yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia, Filipina dan dan India. – Gambar ihsan Jabatan Imigresen Malaysia, 30 Disember, 2023

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pendatang tanpa izin terbabit mendiami rumah dalam bilangan penghuni lapan hingga 10 orang setiap premis, dengan kadar sewaan bermula RM1,000 sebulan, dan mereka dipercayai bekerja sekitar pangsapuri itu yang terletak berhampiran dengan beberapa pusat membeli-belah ternama.

Syamsul Badrin berkata, operasi yang disertai 85 pegawai dan anggota Imigresen bagi memeriksa pangsapuri 14 tingkat itu turut berdepan cabaran apabila ada warga asing yang cuba melarikan diri dengan terjun dari bangunan dan enggan membuka pintu sehingga memaksa anggota Imigresen untuk memecahkan pintu rumah. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related