53 daripada 130 stesen pemancar komunikasi terjejas banjir telah dibaiki: Fahmi

Baki stesen-stesen yang masih terjejas di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah dalam proses baik pulih

9:33 AM MYT

 

SHAH ALAM — Sebanyak 53 daripada 130 stesen pemancar komunikasi yang terjejas akibat banjir di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah sudah beroperasi semula, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Menurutnya, baki stesen-stesen yang masih terjejas kini dalam proses baik pulih.

Pada masa yang sama, ujar beliau, 18 daripada 25 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terkesan akibat banjir juga telah dibuka semula.

“Saya minta supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti supaya semua program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dibuka pada waktu ini, dan tidak menghadapi isu ‘miscommunication’.

“Setakat ini, tiada aduan tentang PPS tiada ‘line’ internet, ataupun ‘line’ telefon. Alhamdulillah, keadaan terkawal,’’ katanya kepada media selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Pekida 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), malam tadi.

Beliau turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Pekida.

Menurut Menteri Komunikasi, setakat ini, tiada aduan mengenai PPS tidak mempunyai talian internet atau telefon, dan semua dalam keadaan terkawal. – Azim Rahman/Scoop, 30 Disember, 2023

PEDi adalah inisiatif kerajaan yang diterajui oleh MCMC menerusi PPS bagi menyediakan kemudahan capaian internet di kawasan yang kurang mendapat liputan dan turut menyemai kemahiran serta minat terhadap teknologi maklumat dalam kalangan komuniti setempat yang kurang liputan
dan kurang berkemampuan.

Ditanya mengenai masa yang diperlukan untuk membaiki semula stesen pemancar komunikasi dan PEDi, Fahmi memaklumkan ia bergantung kepada keadaan banjir di kawasan tersebut.

“Sebelum ini, di Kelantan dan Terengganu, MCMC bersama syarikat-syarikat telekomunikasi akan buat ‘site hardening’ untuk mengangkat beberapa peralatan ke paras yang lebih tinggi, secara fizikal, supaya ia tidak terkesan akibat banjir,’’ katanya.

Bagaimanapun, Fahmi menjelaskan beliau tidak dimaklumkan sama ada lokasi yang terjejas adalah lokasi yang mengalami penambahbaikan sebelum ini, atau lokasi yang baharu.

“Kita akan terus meneliti, saya harap dalam tempoh satu atau dua hari, jumlah (stesen dan pusat) yang terkesan akan berkurangan.

“Bagi kawasan terkesan, kita akan kaji sama ada ia kawasan berulang, dari segi kerosakan kepada menara telekomunikasi, atau kawasan baharu,’’ katanya. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related