Tiada sambutan ambang tahun baharu sebagai tanda solidariti terhadap Palestin, mangsa banjir: Fahmi

Pertama, solidariti dengan rakyat Palestin yang terkesan akibat perang di Gaza dan kedua disebabkan banjir yang melanda Pantai Timur

9:14 AM MYT

 

SHAH ALAM — Kerajaan Pusat tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis sambutan ambang Tahun Baharu 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan, ini kerana ia bukan masa yang sesuai disebabkan pelbagai kesusahan dan kesurakan yang dialami oleh penduduk di dalam dan luar negara.

“Setakat ini, saya tidak dimaklumkan tentang apa-apa perancangan di pihak Kerajaan Pusat untuk mengadakan sebarang majlis ambang Tahun Baharu dan saya rasa kita tak akan buat tahun ini atas dua sebab.

“Pertama, solidariti dengan rakyat Palestin yang terkesan akibat perang di Gaza dan kedua disebabkan banjir yang melanda Pantai Timur,’’ katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pekida 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), malam tadi.

Pada majlis berkenaan, beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Pekida.

Apabila ditanya sama ada sambutan ambang Tahun Baharu akan diganti dengan program berasaskan keagamaan, beliau mengulangi bahawa Kerajaan Pusat tidak akan menganjurkan apa-apa aktiviti.

Fahmi Fadzil berkata, Kerajaan Pusat tidak akan mengadakan majlis sambutan ambang Tahun Baharu 2024 sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin yang terkesan akibat perang di Gaza dan disebabkan banjir yang melanda Pantai Timur. – Azim Rahman/Scoop, 30 Disember, 2023

Bagaimanapun, Fahmi berkata berkemungkinan kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengadakan program yang bersesuaian dengan keadaan setempat.

Pada majlis berkenaan juga, Fahmi memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaksanakan lima perkara penting pada tahun 2023.

Perkara tersebut, katanya, adalah kerangka ekonomi madani, dasar perindustrian baharu dan dasar peralihan tenaga lebih hijau.

Fahmi memberitahu, turut dilaksanakan ialah Model Gaji Progresif (PWM) dan juga pengajian semula untuk gaji penjawat awam. – 30 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related