Kepung Demi Palestin: ‘Korbanlah sehari malam tahun baharu, datanglah ke sini’ gesa Tian Chua

Pada 31 haribulan (Ahad), kita tidak akan khuatir mengenai hujan kerana kita akan pasang khemah dari hujung ke hujung beserta pentas dan sistem audio: Tian Chua

11:02 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Lebih banyak khemah akan dipasang pada himpunan Kepung Demi Palestin sebagai persediaan menjelang malam tahun baharu ini, dalam usaha menyemarakkan lagi semangat solidariti kepada rakyat Palestin.

Penganjur bersama Sekretariat Solidariti Palestin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, berkata, pihaknya juga telah mendapatkan kebenaran untuk memasang khemah di situ.

@scoopdotmy Jika ada yang mahu meraikan kiraan detik tahun baharu #2024, batalkan niat anda. Sebaliknya penganjur himpunan #Kepung Demi P4lestin mengajak orang ramai datang memberikan sokongan tanda solidariti pada penduduk G4z4. #p4lestin3 #newsattiktok #beritaditiktok #kualalumpur ♬ original sound – Scoopdotmy

“Tapak ini dimiliki oleh MAPS Parking System, tuan punya tanah telah datang berjumpa saya serta membenarkan kita menggunakan tempat ini sepenuhnya.

“Kita ada hak untuk berada di sini kerana tuan tanah telah menyatakan (memberi kebenaran) dan memberi sokongan terhadap perjuangan para aktivis.

“Pada 31 haribulan (Ahad), kita tidak akan khuatir mengenai hujan kerana kita akan pasang khemah dari hujung ke hujung beserta pentas dan sistem audio.

“Justeru jangan khuatir dan ragu-ragu mengenai permit,’’ katanya ketika berucap pada malam keempat himpunan Kepung Demi Palestin, di Jalan Tun Razak, di sini malam ini.

Tian Chua turut menyeru semua rakyat Malaysia agar mengorbankan sambutan tahun baharu 2024 dengan menyertai ‘grand finale’ himpunan itu bagi memberikan desakan terhadap Amerika Syarikat (AS) supaya segera melaksanakan gencatan senjata di Gaza.

Antara aktiviti yang diadakan malam ini adalah persembahan puisi dan nyanyian busking lagu solidariti untuk Palestin – Juliana Johar/Scoop, 29 Disember, 2023

“Orang lain mungkin nak pergi shopping untuk countdown new year, nak tengok bunga api.

“Tapi saya seru rakyat Malaysia yang bersemangat solidariti, korbanlah satu hari untuk Palestin.

“New year ini kita batal countdown dan datang sini! Kita bersungguh-sungguh isytihar untuk perjuangan hak kebebasan rakyat Palestin!” katanya.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan Scoop pada malam keempat, walaupun hujan renyai namun ia tidak mematahkan semangat aktivis dan hadirin untuk terus setia berhimpun di sini.

Antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan puisi dan nyanyian busking lagu solidariti untuk Palestin.

Seramai 21,507 penduduk Palestin telah terkorban manakala 55,915 orang cedera sejak serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related