KUALA LUMPUR — Kerjasama semua pihak sama ada jentera Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam menghadapi musibah banjir sangat dituntut bagi membantu mangsa banjir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, kerjasama kedua-dua pihak ketika ini telah menjadikan proses membantu mangsa banjir berjalan lancar demi keselesaan rakyat,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Mengulas lanjut, Anwar turut memaklumkan beberapa projek baharu turut diumumkan dalam lawatan beliau ke Pasir Mas hari ini sebagai langkah mengatasi masalah banjir.
Pengumuman itu, katanya ialah langkah kerajaan meluluskan pembinaan benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.
“Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dan proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta dimulakan tahun depan,’’ katanya.
Justeru, beliau berharap segala semoga yang dirancangkan ini bermanfaat dan membantu menyelesaikan masalah banjir. – 29 Disember, 2023