Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat: Nadma

Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di negeri terbabit menurun kepada 101 PPS setakat 8 malam ini, berbanding 131 PPS tengah hari tadi

10:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat, melibatkan keseluruhan 24,733 mangsa malam ini, berbanding 26,914 orang tengah hari tadi. 

Menurut laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di negeri terbabit menurun kepada 101 PPS setakat 8 malam ini, berbanding 131 PPS tengah hari tadi.

Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi ditempatkan di PPS melibatkan 20,969 orang daripada 6,615 keluarga, diikuti Terengganu dengan 3,432 individu daripada 951 keluarga, Pahang (278 orang daripada 72 keluarga) dan Johor (54 mangsa daripada 14 keluarga). 

Menurut laporan itu, jumlah mangsa di Kelantan menurun kepada 20,969 orang berbanding 21,252 orang tengah hari tadi, yang ditempatkan di 53 PPS di empat daerah dengan PPS di Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 16,980 orang.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu pula mencatatkan penurunan kepada 3,432 orang berlindung di 37 PPS malam ini, berbanding 5,359 orang di 53 PPS tengah hari tadi, dengan daerah terjejas meliputi Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Laporan itu turut memaklumkan jumlah mangsa di Johor menurun kepada 54 orang malam ini berbanding 63 orang tengah hari tadi dengan tiga PPS masih aktif di Segamat.

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 278 orang malam ini yang berteduh di lapan PPS di tujuh daerah, termasuk 17 orang yang ditempatkan di sebuah PPS di Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh, berbanding 209 orang yang berteduh di lima PPS di empat daerah tengah hari tadi. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related