Banjir Kelantan kian memburuk, 21,380 mangsa dipindah ke PPS

Ia membabitkan 6,918 keluarga yang ditempatkan di 68 PPS untuk perlindungan selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air

8:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir (PPS) di Kelantan terus meningkat kepada 21,380 orang setakat jam 8.01 pagi ini.

Menerusi maklumat dipaparkan Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa yang membabitkan 6,918 keluarga itu ditempatkan di 68 PPS untuk perlindungan selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.

PPS itu dibuka di lima daerah yang teruk terjejas banjir, iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang dan Tumpat.

Jumlah itu menyaksikan pertambahan ratusan mangsa hanya dalam tempoh beberapa jam, berbanding 21,066 orang yang direkodkan setakat 10 malam tadi.

Mangsa terdiri daripada 13,916 dewasa, 6,846 kanak-kanak dan 618 bayi.

Kelantan adalah antara lima negeri yang berdepan banjir buruk kali ini, sehingga memaksa penduduk mendapatkan perlindungan di PPS.

Empat negeri lain adalah Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Menurut info terbabit, Terengganu merekodkan 6,247 mangsa daripada 1,747 keluarga, termasuk 63 orang kurang Upaya (OKU) dipindahkan ke 60 PPS.

Mereka terdiri daripada penduduk Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman, Besut, Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Pahang pula mencatatkan 127 mangsa daripada 38 keluarga di empat PPS di Lipis, Kuantan dan Jerantut.

Manakala Johor dan Sabah, masing-masing merekodkan 113 dengan tiga PPS dibuka serta 20 mangsa (dua PPS).

Di Johor, PPS itu beroperasi di Mersing dan Segamat, manakala di Sabah, pusat berkenaan dibuka di Beluran.

Semua PPS di lima negeri berkenaan dibuka di sekolah, balai raya, dewan, masjid, madrasah, surau dan pejabat kerajaan. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related