Lebih 25,000 mangsa banjir di lima negeri setakat 8 malam: Nadma

Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 19,423 orang yang dipindahkan ke 64 pusat pemindahan sementara (PPS)

11:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan penurunan kepada 25,763 orang setakat 8 malam ini berbanding 28,310 orang pagi tadi.

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 19,423 orang yang dipindahkan ke 64 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 17,466 orang di 89 PPS pada 6 pagi.

Menurut laporan itu, 36 PPS dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 17,590 mangsa, 19 di Kuala Krai (1,149 mangsa), lima di Tanah Merah (327 mangsa) serta masing-masing dua PPS di Tumpat (239 mangsa) dan Gua Musang (118 mangsa).

Di Terengganu pula, jumlah mangsa mencatatkan penurunan kepada 5,983 orang yang berlindung di 60 PPS berbanding 10,103 orang di 113 PPS pada sebelah pagi dengan daerah terjejas meliputi Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu dan Setiu.

Di Pahang, sebanyak 206 mangsa berlindung di lima PPS di daerah Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands berbanding 485 orang di sembilan PPS pagi tadi.

Laporan itu turut memaklumkan daripada lima PPS yang masih dibuka di Pahang, PPS di daerah Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh dan menempatkan 87 orang daripada 17 keluarga.

Di Sabah, 30 mangsa ditempatkan di dua PPS di Paitan manakala di Johor pula terdapat peningkatan kepada 121 orang di tiga PPS di daerah Johor Bahru dan Segamat berbanding 83 orang di satu PPS pagi tadi.

Hujan berterusan dijangka berlaku sepanjang hari ini di daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Kuantan dan Rompin di Pahang selain Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related