Jalan ditenggelami banjir, 400 penduduk terputus hubungan

Keadaan itu menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan

9:30 PM MYT

 

KUALA KRAI — Kira-kira 400 penduduk Kampung Pemberian di sini terputus hubungan dengan pusat bandar berikutan jalan sepanjang 100 meter di penempatan itu ditenggelami air akibat banjir sejak Isnin lepas.

Hal itu menyukarkan kehidupan harian penduduk malah ada yang terpaksa bergantung harap kepada bantuan jiran yang mempunyai bot atau menempuh perjalanan sejauh 30 kilometer (km) dengan mengambil masa 45 minit melalui laluan alternatif untuk merentasi Sungai Lebir ke pusat bandar.

Penduduk kampung yang juga petugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Pemberian Che Rasidi Mustapha, 54, berkata keadaan itu menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Rata-rata penduduk kampung ini ramai orang tua yang ada penyakit. Susah sebenarnya nak bawa mereka keluar naik bot sebab nanti sudah seberang perlu cari jalan pula macam mana hendak bawa mereka ke hospital, kami cuma boleh harapkan ambulans tunggu di seberang,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini. 

Sementara itu, seorang penduduk Adnan Daud, 54, berkata paras air sungai naik dengan begitu pantas dalam tiga jam menyebabkan beliau serta keluarga terpaksa berpindah ke PPS berkenaan pada 8 malam, Isnin.

“Orang kampung bantu selamatkan kami enam sekeluarga keluar naik perahu dalam gelap. Saya ketakutan sebab ada penyakit lelah dan sakit jantung, takut jadi apa-apa.

“Sekarang di PPS, saya tidak boleh pergi jumpa doktor kalau saya sakit. Penyakit lelah ini tidak tentu, malam-malam bila sejuk pun boleh terjadi,” katanya yang menghidap kedua-dua penyakit itu sejak 2011.

Dalam pada itu seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Asri berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan kerja naik taraf di jalan yang ditenggelami air itu bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kalau berlaku banjir, jalan itu pasti dinaiki air sebab ada lembah yang rendah sedikit. Dalam juga sehinggakan trak besar hendak lalu pun tidak lepas.

“Saya harap mereka yang berkenaan boleh memberikan perhatian kepada masalah kami di sini kerana bukan sahaja kami terpaksa jalan jauh ikut jalan belakang yang gelap untuk keluar, ia sukarkan urusan kami setiap kali berlaku banjir,” katanya.

Setakat 4 petang tadi, 25 PPS di Kuala Krai menempatkan 1,896 mangsa banjir daripada 515 keluarga. — 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related