Benteng Sg Golok pecah: Perlu masa untuk baik pulih, tiada penyelesaian jangka pendek, kata JPS Kelantan

Paras air Sungai Golok masih tinggi dan berarus deras ketika ini dan menyukarkan kerja berkenaan dilakukan

9:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kerja membaik pulih benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang, Rantau Panjang yang pecah akibat arus deras petang semalam, masih belum dapat dilaksana.

Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah berkata, paras air Sungai Golok masih tinggi dan berarus deras ketika ini dan menyukarkan kerja berkenaan dilakukan.

“Setakat ini yang diketahui benteng berkenaan pecah membabitkan kelebaran 20 meter, namun itu pemerhatian menerusi video, kita belum ukur lagi sama ada ada kerosakan tambahan.

“Petang ini kemungkinan akan cuba pergi ke lokasi berkenaan bergantung keadaan banjir untuk melihat lebih lanjut kerana keadaan bah sukarkan pergerakan.

“Untuk benteng pecah ini kita tidak ada penyelesaian jangka pendek, kerana air masih tinggi ketika ini perlu tunggu untuk air banjir reda bagi kerja-kerja pembaikan, jadi ia akan ambil masa.

“Banyak perkara juga perlu diambil kira terutama keselamatan penduduk kampung terbabit dan kampung-kampung berhampiran,” katanya kepada Scoop.

Benteng projek PLSB Sungai Golok itu pecah membabitkan kelebaran 20 meter akibat arus deras air Sungai Golok pagi Selasa.

Benteng berkenaan mempunyai ketinggian hanya 10 meter (m) lebih, manakala air Sungai Golok semalam mencecah 11.03 m.

Marinamarican berkata, taklimat berkaitan banjir melanda beberapa daerah negeri itu termasuk kejadian benteng pecah berkenaan akan diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual melawat Kelantan hari ini.

“Kita pun tidak mahu ada laporan yang bercanggah dan esok taklimat lebih lanjut akan diberikan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri kepada Perdana Menteri,” katanya.

Semalam Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung terutamanya di beberapa kampung sekitar Rantau Panjang.

Beliau berkata, terdapat banyak rungutan daripada penduduk mendakwa pembinaan benteng projek PLSB Sungai Golok itu menyebabkan paras air banjir semakin tinggi dan mengakibatkan banjir termenung. – 28 Disember, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Chef Wan slammed for ‘racist’ comment on Aishwarya Rai’s dress at Cannes

Celebrity chef has likened Indian film star’s gown at festival to a ‘kavadi’

Related